Memang Cukup Meluat Kalau Co-Worker 10 Buat Lawak/Prank Bodoh Ni!
# Trending Semasa

Memang Cukup Meluat Kalau Co-Worker 10 Buat Lawak/Prank Bodoh Ni!

post by Izuan

by Izuan

Feb 24, 2018
pada 7:16 AM

Kadang-kadang nak berlawak tu biarlah kena pada masa dan tempat, ni kalau orang tengah sibuk masa tu lah nak berlawak memang boleh mendatangkan kemarahan. Tapi jangan lah sampai tak bergurau kan

Cuma kalau nak buat biarlah berpada-pada, kalau macam awal pagi ke atau dah nak balik, boleh diterima pakai tapi kalau masa tengah hari atau petang, memang rasa macam nak bagi tapak kaki ke. Mesti ada kawan sekerja korang yang suka buat lawak bodoh ni kan?

1. "Makan Kat Mana? Makan Kat Mulut!"

Lawak ke? Hmm, bolehlah, selalunya perkara ini terjadi bila dah sampai lunch hour, lapar tu dah satu hal, tak tahu makan kat mana tu pun dah satu hal. Lepastu dia boleh pula jawab macam ni. Ada juga dia yang kena makan nanti. Eii! Boleh buat gaduh!

2. "Kat Mana Simpan Dokumen Tu? Ada Kat Hati Awak!"

Orang tengah stress nak buat kerja lagi nak ber "cia..cia..cia". Wrong timing beb! Sekali penumbuk ni sampai kat muka kau baru tahu! Peduli lah lawa mana, handsome mana pun kau. Boss dah memekak lagi nak buat lawak. Grrr!

3. "Weh, Boss Panggil"

Siapalah tak gerun kalau kena panggil dengan boss kan? Lebih-lebih pagi kalau boss besar. Terus ganggu mood kita, kelakuakn perdajal orang macam ni selalunya terjadi bila dia baru lepas meeting, kita baru masuk kerja di awal pagi ataupun baru lepas ke tandas. Memang kena sumpah 40 hari lepas dia bagitahu cuma bergurau je

4. Record Diam-Diam Masa KitaTengah Sibuk Buat Kerja Untuk Update IG Story

Ingat sweet? Mungkin masa tu kita tengah kusut dengan kerja dan tapi dia tengah free, bosan-bosan update IG story, dah la masa tu tengah selekeh. Oh ya, satu lagi! Acah-acah nak ajak selfie, lepas tu, "ni video lah. hahahaha!", kalau korang tengok siapa-siapa yang buat macam at IG tu, mesti kena carut balik kan?

5. Tengah Pakai Earphone, Dia Panggil,  Lepas Tu Kata "Tak Ada Apa-Apa"..Eeeee!

Yang ini memang tak boleh buat main-main, idea tengah mencurah-curah lepastu dia buat macam ni. Pehh! kalau kami, terus maki on the spot, rasa menggelegak makin bertambah sebab idea tu semua dah hilang.

6. Push Kita Siapkan Kerja Cepat, Padahal Dateline Bulan Depan!

Masing-masing ada komitmen sendiri, da mungkin kita tengah ada projek yang jauh lebih penting. Tapi si dia sibuk-sibuk push kita, sebab itu lah ini lah. Bila dapat tahu dateline dia lama lagi, jangan tanya kenapa kalau sehari suntuk aku tak bertegur dengan kau! Huh! *Tarik nafas panjang

7. Minta Guna Duit Kejap Lagi Bayar..Hmm, Nan Hado!

Hmmm... faham-faham lah ya, tapi biasanya isu ini tak lah besar sangat Mungkin dia lupa nak cucuk duit atau pun tengah sesak. Halalkan je la kalau sekadar lima hengget tu. Tapi kalau dah sampai 10 kali buat-buat lupa, 5 x 10 = RM 50, fuh! lepas minyak seminggu tu! 

8. Attention Seeker, Sibuk Minta Orang Like Gambar Kat IG

Ewww! Mungkin masa tu dia nampak korang tengah main handphone, terus paksa suruh like gambar kat IG dia, kita pun layankan sajalah, tapi paling meluat sekali bila kita tanya tempat makan yang dia upload ambar tu, dia enggan jawab, melainkan kalau kita komen kat gambar dia. Oh Puh leaseee!

9. Kena Stayback Untuk Meeting, Meeting Cancel!

Oh yes, memang kita dibayar gaji untuk hadap jem kan?! Grrr! Tapi marah tu kejap je, sebab boleh balik dengan aman. Huhu!

10. Bunyi Lucah Kat FB Tu!

Semua tahu fenomena yang menjengkelkan ini kan? Habis satu department pandang kita, lebih mengerikan lagi bila boss perasan. Kalau boss beri peluang untuk belasah dia, dah lama korang buat kan?!