Menyampahnya Asyik Nak Jawab 6 Soalan 'Annoying' Ini Bila Beraya Di Kampung
# Gaya Hidup

Menyampahnya Asyik Nak Jawab 6 Soalan 'Annoying' Ini Bila Beraya Di Kampung

post by Izuan

by Izuan

Jun 22, 2017
pada 8:13 AM

Hari raya Aidilfitri ni datangnya cuma sekali sahaja setiap tahun, hari yang bermakna inilah masa di mana semua saudara mara berkumpul bersama-sama setelahsekian lama tak berjumpa, Kemeriahannya membuatkan kita makin rasa berkobar-berkobar untuk tiba ke kampung halaman dengan cepat.

Tapi dalam-dalam rasa ghairah untuk menunggu menjelangnya hari yang mulia ini, pasti terdetik di hati korang kalau boleh tak mahu ikut pulang ke rumah saudara mara sebab akan ada sedara mara yang busy body pasal diri korang kan?

Biar kami agak soalan apa mereka tanya sehinggakan membuatkan korang betul-betul rasa menyampah bila mendengarnya.

1. Sekarang Tengah Buat Apa?

Biasanya soalan ini akan muncul saat kita tengah belajar, ye lah jumpa pun sekali sekala kan? Apa salahnya nak tanya khabar, tapi kalau dah tiap-tiap tahun tanya dan sampai 34 orang tanya soalan ini, tak frust ke? Kalau nak marah kang, baru je lepas minta maaf pagi tadi, jadi nak tak nak jawab je lah.

2. Cuti Ke?

Eh hello! Habis kalau dah kitaorang terpacak depan mata ni apa? Cuti lah...Bukan nak meroyan, tapi boleh tak realistik sikit, sebenarnya ini tak ada lah sampai buatkan kita rasa menyampah pun, cuma rasa kelakar pun ada, pelik pun ada. Tak apalah mungkin cara mereka nak tanya khabar kita, positif okay?

3. Tak Kerja Lagi Ke?

Agak menduga soalan ini, lebih-lebih lagi bila melihat saudara mara yang lain dah melangkah ke alam pekerjaan. Mesti rasa macam tergugat kan? Paling sakit sekali bila ada sedara mara yang tanya dengan cara kekwat dekat korang, cerita perihal kerja anaknya yang bergaji tinggi, berpangkat seolah-olah mahu membandingkan dan merendahkan diri korang. 

4. Kerja Apa Sekarang? Apa tu?

Bila dah dapat kerja, lagi nak sibuk-sibuk kaji selidik pasal pekerjaan orang, bila dah beritahu kata tak pernah dengar pula. Dah kena terangkan satu persatu pasal kerja kita, bayangkan kalau korang jenis ada keluarga besar sampai 45 orang, setiap orang korang kena jelaskan bila bertanya. 

Ada pula yang menyibuk tanya pasal gaji lah macam-macam lagi lah, kita ni dah la balik kampung nak lupakan pasal kerja kat sini pula nak sibuk-sibuk tanya pasal kerja orang sampai semua benda nak tahu. Rimas!

5. Bila Nak Kahwin?

Dah habis belajar, kerja dah dapat, tahun berikutnya terus tanya kita bila nak kahwin..Hmm, meh sini sponsor meh. Kadang-kadang dengan nada gurau boleh buatkan kita rasa down sebab saudara mara lain dah kahwin awal berbanding kita. Bagi orang perempuan yang menjangkau 23 tahun keatas, bersiap sedialah dengan soalan maut ni.

6. Sampai Bila Nak Kerja Macam Ni?

Kadang-kadang pemikiran orang-orang tua ni lain sikit, mereka hanya menilai apa yang ada di depan mata sahaja tanpa asal usul periksa di mana kerja tetap(makan gaji) menjaminkan masa depan yang cerah dan kerja yang tak tetap atau kerja yang mereka tak pernah dengar dikatakan kerja yang tak bagus

Cara mereka yang seolah-oleh merendahkan kerja kita ini membangkitkan kita rasa marah sehingga boleh tercetus pergaduhan di hari mulia tersebut. Jadi, masuk telinga kanan keluar telinga kiri je lah.