Momo Challenge Pujuk Bunuh Diri Setiap Hari & 4 Lagi Fakta Orang Ramai Wajib Tahu Tentang Perkara Ni!
# Trending Semasa

Momo Challenge Pujuk Bunuh Diri Setiap Hari & 4 Lagi Fakta Orang Ramai Wajib Tahu Tentang Perkara Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 21, 2018
pada 9:55 AM

Momo Challenge? Huish 'benda' di semakin hangat diperkatakan sejak dua menjak ni. Korang tahu tak kenapa Momo Challenge ni tiba-tiba famous? Daripada mana ia wujud? Bagi yang tertanya-tanya tentang Momo Challenge ni, ini 5 fakta korang perlu tahu tentang 'benda' ini:

 

#1 Berasal dari Jepun

Karakter Momo merupakan hasil karya seniman Jepun. Namun begitu, seniman yang menghasilkan karya ini tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Momo Challenge yang dikatakan mengancam masyarakat.

 

 

#2 Suka mencabar mangsa

Pihak polis masih menyiasat siapa dalang disebalik kejadian ini. Permainan di mulai dengan menambahkan nombor Whatsapp Momo dan kemudiannya akan memberi cabaran demi cabaran untuk dilakukan. Nombor Whatsapp Momo didapati berasal dari Columbia, Jepun dan Mexico.

 

#3 Target adalah remaja

Pihak polis menasihatkan agar masyarakat tidak berinteraksi dengan akaun-akaun yang menggunakan foto Momo, terutamanya dari tempat challenge ini berasal.

Ibu bapa juga digesa untuk mengawasi anak-anak yang menggunakan media sosial kerana Momo Challenge ni memang aim pada remaja belasan tahun.

 

#4 Send gambar

Menurut akaun twitter @siemensi1, Momo Challenge menggunakan nombor dengan kod +57, +81 dan +52. Momo akan membalas dalam Bahasa Sepanyol dan menghantar gambar-gambar aneh. Setiap hari, Momo akan mencabar dan akhirnya berterusan hingga pujukan untuk bunuh diri.

 

#5 Ada kes bunuh diri disebabkan oleh Momo Challenge!

Menurut Buenos Aires Times, Momo Challenge didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri. Mangsa ditemui gantung diri di pohon halaman belakang rumah dan dikatakan sebelum membunuh diri, dia telah merakam aksi tersebut menggunakan smartphone.

 

Sumber oleh: Remaja