Banduan & Bekas Perompak Sendiri Kongsikan 6 Tips Untuk Elak Rumah Dipecah Masuk,
# Gaya Hidup

Banduan & Bekas Perompak Sendiri Kongsikan 6 Tips Untuk Elak Rumah Dipecah Masuk,

post by Izuan

by Izuan

Mar 20, 2022
pada 7:49 AM

Kes pecah rumah ni dah macam berita yang orang tak heran sangat pun. Padahal, rumah semua berkunci. Kalau boleh luar pintu pagar pun nak kunci. Paranoid punya pasal, kita sanggup buat apa saja demi menjauhkan diri daripada jadi mangsa rompakan ni. 

Tindakan pihak KGW News memang hebat, iaitu mengirim surat kepada 86 orang banduan di Oregon Department of Corrections yang dihukum atas kesalahan mencuri. Kesemua banduan ni diarahkan untuk menjawab soalan-soalan tentang bagaimana dan pengalaman mereka sewaktu membuat rompakan. Ini dia antara jawapan mereka.

 

1. Ingat pencuri ni tak buat research?

"Saya akan selidik siapa yang tinggal di rumah itu, apa jadual harian mereka, kenderaan apa yang dipandu, ada anjing atau tidak, serta jika ada kunci yang disembunyikan diluar rumah,"

"Pukul berapa rumah akan kosong dan untuk berapa lama,"

 

2. Ciri-ciri rumah ni lah jadi favorite pencuri

 

"Rumah yang jauh daripada rumah-rumah lain, blind spots, bingkai tingkap yang lama, pintu kayu yang murah," 

"Pokok besar, semak/belukar, pokok yang renek di sekeliling rumah, atau kawasan yang sunyi,"

"Rumah yang cantik dan mempunyai kereta mahal = Tuan rumah yang kaya,"

Dah nama pun nak mencuri takkan nak kantoi basah-basah. Pencuri ni biasanya akan target rumah yang ada pintu pagar tinggi dan pokok yang besar atau semak-samun

 

3. Jangan bagi ruang langsung untuk pencuri

 

"Pada pandangan saya, tuan rumah perlu membiarkan radio atau TV terpasang," kata seorang banduan.

"Pasang kamera dan letakkan di kawasan yang boleh dilihat oleh pencuri," 

"Letakkan palang pada tingkap dan pintu, pasang penggera keselamatan, letakkan kereta yang tak digunakan di haluan masuk, pasang lampu, TV dan radio jika meninggalkan rumah.

"Penggera rumah, kenali jiran-jiran anda, jadi mereka boleh melaporkan jika terdapat orang yang mencurigakan di kawasan rumah,"\

 

3. CCTV takutkan pencuri?

"Ya, benar. ramai bersetuju bahawa kamera sekuriti merupakan satu penghalang terbesar. Tetapi ada juga yang mengatakan yang ia merupakan petanda bahawa terdapat barang berharga di dalam rumah."

 

3. Tempat utama pencuri target

"Di semua tempat! Daripada dapur hingga ke peti sejuk, ke tangki ikan dan tangki tandas, rak buku dan malah dalam kotak bijiran sarapan pagi," kata seorang banduan.

Kebanyakan pencuri akan target bilik tidur utama, barulah ke bahagian lain rumah tersebut.

 

4. Waktu paling effective nak buat projek

"Di antara pukul 12.30 tengahari dan 2.30 petang. Sesiapa yang balik rumah untuk makan tengahari sudah pasti tiada lagi di rumah dan kanak-kanak pula biasanya masih di sekolah," kata pencuri

 

5. Pecah masuk tingkap@pintu yang tak kunci

"Saya biasanya akan pecahkan pintu, daripada pecahkan tingkap kaca. Bunyi yang kuat itu lebih selamat daripada bunyi kaca pecah, dan juga ada risiko terluka akibat pecahan kaca," kata seorang banduan.

 

6. Ada effect ke park kereta dalam garaj rumah?

"Selalunya ia merupakan petanda yang pasti bahawa ada seseorang di rumah,"