Bila sebut je daging burger, pastinya ada satu jenama yang sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia iaitu Ramly Burger. Boleh dikatakan setiap lapisan masyarakat kat negara ni mengenalinya. Malah ia juga merupakan jenama produk daging proses pertama yang diusahakan oleh bumiputera.
Ada jugak yang mengatakan disebabkan Ramly Burger lah, makanan popular dari Barat tu dikenali dan sudah sebati dengan ‘tekak’ orang Melayu.
Pemohonan pinjaman ditolak mentah-mentah
Ketika awal-awal beliau mengusahakan Ramly Burger dahulu pada tahun 1980, permohonan beliau untuk mendapatkan pinjaman MARA yang hanya bernilai RM7000 untuk membeli mesin ditolak mentah-mentah hanya kerana ketika itu, MARA tak percaya yang orang Malaysia akan suka makan burger.
Namun cemohon tu langsung tak mematahkan semangatnya. Malah dia akhirnya ambil keputusan untuk menggunakan duit sendiri.
Memulakan perniagaan dengan modal simpanan RM 2,000
Beliau telah memulakan perniagaan bersama isterinya bermodalkan wang simpanan mereka sebanyak RM2,000 di Chow Kit. Beliau menghasilan daging burger yang dibuat secara manual menggunakan mesin memproses daging secara manual yang dibeli menggunakan duit modal. Pada mulanya, pelanggannya hanyalah terdiri daripada rakan-rakan dan jiran tetanggan sahaja.
Diatas berkat kesabarannya itu, akhirnya permintaan pelanggan meningkat daripada 200 kepada 2,000 keping daging burger dalam sehari. Ketika itu juga nama Ramly secara tidak langsung digunakan sebagai jenama produknya apabila beliau dengan spontan menjawab Ramly sebaik seorang pelanggan menanyakan jenama burger dihasilkannya.
“Bermula daripada 200 keping, tempahan semakin meningkat sehingga 2,000 keping sehari. Bayangkan, isteri saya yang ditugaskan mencincang daging ketika itu bukan menggunakan mesin tetapi dengan pisau sahaja." - Dato’ Ramly.
Dari seorang pemotong daging kini telah menjadi usahawan berjaya
Beliau merupakan anak petani kelahiran Tanjung Piandang, Parit Buntar dan berhijrah ke Sekinchan selepas dibawa abangnya berikutan kehidupan yang susah di kampung. Di Sekinchan, beliau bekerja sebagai buruh sebelum mendapat kerja sebagai pemotong daging di Kuala Lumpur.
Beliau yang sejak kecil bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, tidak dapat meneruskan pengajiannya kerana keluarga tidak mampu dan akhirnya ‘terjebak’ secara serius dalam bidang pemprosesan daging.
Keputusan itu diambil apabila melihat bekalan daging halal yang diproses untuk pasar raya rata-ratanya bukan milik orang Islam dan diragui status kehalalannya.
“Bermula daripada itu, saya mula mengusahakan pembuatan daging burger di rumah kami yang terletak di Flat Jalan Haji Hussien, Kampung Baru, bermodalkan RM2,000 tanpa sebarang mesin atau peralatan untuk membuat daging burger.
“Selepas berjaya menghasilkan kepingan burger sendiri, saya terus membuka gerai burger dan mula menjual daging burger siap dimasak dan mentah di semua gerai burger yang saya usahakan iaitu di sekitar Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut."- Dato’ Ramly.
Namun diatas usaha dan kegigihannya itulah, dia telah berjaya hingga ke hari ini. Untuk pengetahuan korang, jualan syarikat beliau kini sudah pun melebihi RM1 billion dengan melebihi 450 vendor dan lebih daripada 25,000 gerai burger di beberapa cawangan seluruh negara.
Write a comment:
Comments ({{count}})