Berminat Nak Berniaga Food Truck? Ini Tipsnya. Untung Cecah RM 45k Sebulan Tau
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Berminat Nak Berniaga Food Truck? Ini Tipsnya. Untung Cecah RM 45k Sebulan Tau

post by Aisya

by Aisya

Feb 23, 2018
pada 5:44 AM

Trend membeli atau menikmati makanan menerusi food truck ala-ala hipster dah semakin popular macam cendawan tumbuh lepas hujan. Dengan suasana perniagaan yang lebih santai dan bersahaja, ia telah mengubah gaya hidup masyarakat moden dan ianya pun mudah didapati. Kadang-kadang takde masa nak ke kedai so, food trucklah yang jadi pilihan.

Kalau korang nak tahu, di Malaysia, Selangor menjadi negeri pertama mengeluarkan lesen perniagaan berkonsepkan food truck bagi membenarkan pengoperasian perniagaan di beberapa kawasan perbandaran seluruh negeri tau. Malah, terdapat juga beberapa lokasi yang jadi 'port' perniagaan food truck di mana ia menjadi lokasi sesuai untuk warga kota bersantai dan menghabiskan masa lapang setiap hari sehingga perniaga boleh peroleh pendapatan yang lumayan.

Jualan bulanan mencecah RM 45,000

“… kini pendapatan bersih setiap bulan yang diperolehi mencecah RM10,000”.- Muhammad Hafiy, Pengasas Babarittos Food Truck. Dipetik dari Sinar Harian.

“Alhamdulillah, pendapatan harian dan bulanan yang diperoleh juga lumayan serta sambutan para pelanggan amat menggalakkan. Dalam sehari kami boleh perolehi jualan RM1,000.”- Siti Tun Zairiah, pengasas Sukamari, dipetik dari Kosmo.

Namun jika mengikut anggaran daripada Kuantan Food Truck Club, pendapatan bagi satu food truck di lokasi yang tepat, boleh mencecah jualan harian sehingga RM1,000 ke RM2,000Jualan bulanan pula antara RM40,000- RM45,000. Tapi sekiranya hari tu ada event, pendapatan jualan harian di sesebuah event boleh cecah RM5,000 sehari (rasa macam nak berenti kerja dan terus buat bisness food truck sekarang ni jugak).

Wahh banyak tu income yang diperoleh. Tapi macam mana caranya kalau nak mulakan bisnes ni? 

Tips penting untuk korang yang nak berniaga food truck

Sekarang ni dah ramai yang berniaga food truck. Jadi korang kena ada strategi untuk naikkan bisnes korang tu. Ini ada beberapa tips penting untuk korang memperoleh kejayaan dalam perniagaan food truck. Antaranya ialah : 

1. Cipta menu sendiri

Jangan tiru orang! Wujudkan menu yang menarik serta mempunyai kepelbagaian supaya para pelanggan mempunyai pilihan. Tetapi janganlah keterlaluan sehingga ianya membebankan korang pulak.

2. Harga berpatutan

Harga makanan perlulah berpatutan. Walaupun ianya berpatutan tetapi korang kena pastikan yang ianya boleh memberi pulangan balik kos perbelanjaan korang nanti. 

3. Lokasi yang sesuai

Lokasi perniagaan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap perniaga yang ingin memulakan perniagaan. Malah mereka boleh pilih sendiri lokasi yang nak digunakan sama ada nak berbayar atau tak berbayar. Tapi biasanya tempat yang berbayar ni akan memperoleh pulangan yang berlipat kali ganda (jika ada event).

Lokasi jualan juga perlu bersesuai dengan apa yang nak dijual. Sebagai contoh kalau nak jual cendol, carilah kawasan riadah, tempat parking yang sentiasa ada orang dan opkoslah waktu berniaga tu kena waktu tengah hari panas terik (kalau boleh masa matahari ada kat atas kepala). Kalau jual nasi berlauk pulak, ia sesuai dikawasan pejabat dan tak ganggu lalu lintas.

“Selepas mengalami kegagalan di awal perniagaan, saya mengambil keputusan menukar pendekatan dan lokasi jualan… Alhamdulillah, sekarang kami boleh dikatakan berjaya,”- Muhammad Hafiy, Pengasas Babarittos Food Truck. Dipetik dari Sinar Harian.

4. Membuat iklan dan sentiasa dekat dengan pelanggan

Korang boleh iklankan perniagaan food truck korang tu melalui mana-mana media social dan sentiasa beramah mesra dengan komuniti di mana saja korang melakukan jualan. Kaedah pemasaran yang baik akan menarik lebih ramai pelanggan setia dan menjana untung yang banyak.

5. Modal yang kukuh

Di sini kami sediakan sekali anggaran bagi pengiraan modal yang diambil dari Facebook Malaysian Food Truck:

  • Daftar SSM – RM100 (wajib ada).
  • Daftar bank – RM2,000 (wajib ada) kalau tak kukuh boleh disokong dengan penyata bank.
  • Lesen GDL – RM500 (bawah 3 tan wajib ada).
  • Deposit foodtruck 10% (harga on the road RM55K) – RM5,500 (untuk kurangkan bayar bulanan).
  • Bayaran bulanan – RM600.
  • Papan menu/bunting – RM300 (jika nak jimat guna white/black board).
  • Sticker food truck basic – RM500 (terpulang kepada citarasa anda).
  • Modal untuk pusing – RM3,000 (minima).
  • Kelengkapan – RM4,000 (bergantung pada perniagaan).
  • Stok barang mentah – RM2,000 (bergantung pada perniagaan).
  • Lesen niaga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) – RM5,000 setahun (anggaran)
  • Penyelenggaraan – RM300

Anggaran: Lebih kurang dalam RM20,000 untuk foodtruck skala kecil (tetapi ia juga boleh cecah hampir RM100,000). Hmm tak cukup bajet? Takpe, korang tak perlu risau sebab kerajaan ada sediakan pinjaman seperti:

Sebenarnya terdapat banyak lagi badan-badan pinjaman lain yang korang boleh rujuk kat sini

Moga dengan adanya artikel ni, ia akan memberi inspirasi dan dapat membantu korang macam mana cara nak berniaga food truck. Selamat maju jaya!