14 Idea Kerja Dari Rumah & Kerja Sambilan Dengan ZERO Bajet Yang Korang Boleh Buat Sekarang!
# Gaya Hidup

14 Idea Kerja Dari Rumah & Kerja Sambilan Dengan ZERO Bajet Yang Korang Boleh Buat Sekarang!

post by sofea

by sofea

Aug 9, 2021
pada 3:49 PM

14 Idea Kerja Dari Rumah & Kerja Sambilan Dengan ZERO Bajet Yang Korang Boleh Buat Sekarang!

Kalau korang pernah terfikir benda-benda macam "Ekonomi teruklah macam mana nak hidup!"  "Bosannya tak buat apa kat rumah cuti ni," "Kalaulah ada duit lebih, bolehlah aku enjoy sikit sekarang ni," dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya, admin nak share sikit, korang tak akan tak ada duit kalau rajin! Ada bermacam-macam idea sebenarnya untuk menghasilkan duit ni, kalau pandai promote lagilah mengalir macam air duit masuk dalam bank korang. Bukan susah pun, korang buat ni sebagai kerja dari rumah je! Memang syok habis bila dapat buat kerja dari rumah ni kan? Kat sini, admin senaraikan 14 kerja sambilan dan juga kerja dari rumah yang korang boleh mulakan dari sekarang! Tak payah nak keluarkan bajet! Ya '0' Bajet!

#1 Buat Kerja Dari Rumah/ Kerja Sambilan Sebagai Penulis Untuk Bisnes Dalam Instagram

Tersangatlah banyak perniagaan yang korang boleh jumpa dalam Instagram, korang tengok je #sayajual, bermacam-macam jenis produk boleh korang jumpa. Kalau korang ada skill menulis apa kata offerkan khidmat ni. Kalau memang ayat korang power, mungkin ini boleh jadi kerja dari rumah yang luar biasa masyuk!

#2 Buat Kerja Sambilan Dengan Mengajar Cara Penggunaan Internet

Memang rare idea kerja sambilan ni, jarang didengar, tapi kalau dikaji, sebenarnya permintaannya agak tinggi. Sebab ramai orang tua di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi teknologi. Korang gunakan skill-skill 'moden' yang ada dalam dada tu untuk membantu mereka. Contohnya, membuat emel, membuka akaun FB/ Twitter/ Blog untuk mereka, bagi idea tentang website apa yang menarik untuk dilayari dan macam-macam lagi. Kerja dari rumah yang simple habis!

#3 Menguruskan Hartanah AirBnB

Ramai rakyat Malaysia yang menyewakan hartanah mereka dalam AirBnB. Apa kata kalau korang tawarkan perkhidmatan korang kepada mereka. Korang boleh buat pakej dengan satu bayaran sebagai contoh: menguruskan booking, menyambut tetamu, membantu tetamu menyelesaikan isu, membersihkan untuk tetamu seterusnya dan banyak lagi! Masyuk tau kerja sambilan ni kalau korang betul-betul rajin!

#4 Kerja Dari Rumah Dengan Dropship

Pernah dengar pasal dropship? Dropship ni maksudnya korang marketkan produk jualan syarikat lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan tanpa perlu risau tentang postage kerana hal-hal ni syarikat tu sendiri yang akan uruskan. Korang kena bijak marketing dan komunikasi je. Kerja dari rumah jenis ni memang agak hot sebenarnya! Dah ramai yang dapat duit masyuk tiap bulan!

#5 Membuat  Kerja Dari Rumah Sebagai Jurualih Bahasa/ Proofreader

Kalau korang ada skill bahasa yang mantap, jangan abaikan! Jangan dihadkan untuk buku-buku je, skill yang sama untuk mengalih bahasa boleh digunakan untuk menulis sarikata bagi mana-mana movie atau drama. Kalau dikorek dalam-dalam, mesti korang dapat jumpa sesiapa untuk dihubungi bagi menawarkan perkhidmatan yang korang tawarkan. Kerja dari rumah yang boleh jadi agak mencabar pada awalnya untuk korang cari, tapi sekali dapat gig, masyuk!

 #6 Buat Kerja Sambilan Perkhidmatan Spa Atau Urutan Kepada Pemandu Grab

Ramai orang yang memandu untuk syarikat Grab bagi mendapatkan duit tambahan atau side income. Apa kata korang 'gunakan' pula kelenguhan sebagai driver ni untuk mencari wang tambahan bekerja sambilan dengan menawarkan skill urutan / spa korang?

#7 Mengumpulkan Dan Menjual Barangan Kitar Semula

Idea kerja sambilan ni tersangatlah best kalau korang buat dekat apartment, kondo atau mana-mana kawasan rumah bertingkat yang lain sebab  dengan hanya satu block korang boleh dapat hasil yang masyuk! Korang mungkin boleh mendapatkan kebenaran daripada management untuk meletakkan tong kitar semula, lepas tu promote tentang kebaikan kitar semula kepada penduduk kat situ sama ada menggunakan flyer atau apa-apa sahaja yang efektif. 

#8 Menawarkan Perkhidmatan Menjual / Menguruskan Hal Jualan Orang Lain 

Ramai orang sekarang ni menggunakan platform macam Carousell, Mudah dan Lelong untuk menjual barangan terpakai diorang, tapi tak ramai yang ada masa nak uruskan hal jual beli atau power dalam fotografi, atau pandai menulis ayat-ayat menarik pelanggan dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya, sekiranya korang ada skills ni, tawarkan khidmat dengan caj tertentu. Kerja dari rumah yang sempoi habis kan?

MauKerja Infografik 14 Kerja Dari Rumah / Part-Time Dengan 0 Bajet

#9 Menawarkan Khidmat Mengangkut Atau Menghantar Barang

Kerja sambilan yang sangat sesuai untuk korang yang ada van atau trak sendiri. Hubungi mana-mana peniaga dari laman web jual beli Carousell, Mudah, Lelong atau sebagainya yang korang tahu, dan tawarkan perkhidmatan hantaran barang. Kebiasannya, kalau barangan yang dijual tu adalah bersaiz besar macam perabot, peniaga-peniaga online ni mesti akan letak 'Self pick-up' atau 'Self-collect' , ini akan mengurangkan pelanggan. Sebab tu lah kewujudan perkhidmatan korang ni sangat penting sebenarnya! Kalau dah banyak orang minta korang hantar, lambat-laun 'kerja sambilan' ni boleh jadi kerja utama. 

#10 Menawarkan Khidmat Tour Guide Dekat Tempat Korang Tinggal

Apa kata kalau korang marketkan pengetahuan korang tentang kawasan sekitar kepada sesiapa yang baru datang. Tunjukkan tempat makan best, tempat lepak best, dan sebagainya! Tak akanlah nak pergi shopping mall je kan? Kerja sambilan yang syok habis kalau korang memang suka discover tempat-tempat baru, lepas tu dapat kongsi dengan orang lain. 

#11 Menjadi Tukang Masak Berdasarkan Resepi Dalam Internet

Aik! Macam ni pun ada? Dalam dunia internet ni bermacam-macam resepi dan makanan sedap terlintas depan mata. Bila dah nampak dan baca resepi tu, makin membuak-buak rasa teringin. Tapi masalahnya, kerajinan nak ke dapur tu tak ramai ada, kat sinilah korang boleh mula menyelit! Ambil order daripada orang-orang yang 'terliur' tapi tak sempat ke dapur. Kerja dari rumah ni memang bestlah kalau korang seorang yang jenis suka memasak dan mencuba resepi baru!

#12 Menawarkan Khidmat Potong Rumput

Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman. Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit. Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.

#13 Buat Iklan Dekat FB Tentang Masakan Korang Untuk Penduduk Di Sekitar & Sediakan Khidmat Penghantaran

Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800

#14 Buat Kerja Dari Rumah Dengan Mengambil Upah Jahit/ Outer Pakaian 

Bisnes ni akan lebih-lebih lagi hot masa musim orang nak masuk uni dan terutama sekali dekat-dekat nak raya. Jangan simpan je skill tu, boleh jadi kerja dari rumah yang masyuk! Kalau korang ambil pekerja pun apa salahnya kan untuk melipat gandakan lagi hasil pakaian yang boleh dibuat? 

Macam mana? Ada mana-mana idea kerja dari rumah dan kerja sambilan yang menarik perhatian korang? Tak payah pening nak pilih mana satu, nak buat banyak-banyak pun tak apa, lebih-lebih lagi kalau peralatan tu korang dah ada, tak payah nak fikir bajet, just market dan tunggu duit masuk!