16 Tips Untuk Melatih Diri Menjadi Cendiakawan Persis Pengasas Tabung Haji, Ungku Aziz
# Gaya Hidup

16 Tips Untuk Melatih Diri Menjadi Cendiakawan Persis Pengasas Tabung Haji, Ungku Aziz

post by Aisya

by Aisya

Mar 22, 2018
pada 8:43 AM

Siapa tak kenal cendekiawan Melayu yang tersohor, Profesor Diraja Ungku Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ungku ini. Beliau merupakan bekas Naib Canselor Universiti Malaya lebih 20 tahun dan juga merupakan orang penting disebalik penubuhan Tabung Haji dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Walaupun sudah berumur lebih 90 tahun namun beliau masih tetap cergas, sihat dan lebih mengagumkan memorinya masih tetap kukuh dalam ingatan. Kalau korang nak tahu, beliau bukanlah seorang yang bercakap kosong, apa sahaja yang beliau katakan, itulah yang dipraktikkan dan sangat berdisiplin dengan rutin hariannya.

Disini ada beberapa tips berguna dari beliau untuk korang pratikkan jika ingin menjadi manusia yang bijak: 

1. Tidur 6 atau 7 jam sehari

Pak Engku mencadangkan supaya kita tidur selama 6 hingga 7 jam, jika anak muda yang bertubuh sihat, 5 jam sudah mencukupi. Dan sebelum tidur, penting untuk kita kosongkan minda dan lupakan semua masalah.

2. Tidur selama 30 minit pada tengah hari

Waktu tengah hari adalah waktu ynag sesuai untuk tidur, jangan terlalu lama, hanya 30 minit setiap hari. Masa yang sesuai ialah pada jam 12 hingga 3 petang dengan keadaan berbaring, sepertimana kita tidur pada waktu malam.

Tidur pada tengah hari ini penting untuk membaik pulih sistem badan kita lalu membuatkan kita menjadi cergas pada waktu petang.  

3. Makan bawang mentah

Pak Engku juga mengamalkan memakan bawang mentah.

4. Jangan terlalu banyak makan makanan segera

Pak Engku melarang kita daripada kerap memakan makanan ringan seperti burger. Kerana bahan-bahan yang ada didalam mempunyai racun yang banyak. Kalau nak makan sekali sekali tidak mengapa.

5. Jangan minum air coca-cola

Sebaiknya, jangan amalkan meminum air coca-cola terlalu kerap, ini kerana terdapat banyak kandungan gula dan akan memberi racun kepada badan.

6. Amalkan pemakanan “fit for life”

Falsafah pemakanan Pak Engku ialah makanlah bahan yang hidup, jangan makan bahan yang telah mati. Umpamanya sayur dan ulam, semuanya mesti dimakan hidup-hidup. Kalu kita masak, goreng serta rebus sayur, itu bermakna bahan itu telah mati. Elakkan dari memakan bahan yang sudah mati, melainkan daging.

7. Jangan borak kosong

Borak kosong itu merugikan masa, kalau orang islam berdosa jika kita membuang masa begitu.

8. Masa giat dan masa rehat

Masa harus dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian giat (aktif) dan rehat (pasif). Masa aktif digunakan untuk kita melakukan aktiviti harian.

Masa pasif pula digunakan untuk kita fikirkan apa yang telah kita buat. Jadi kita haruslah pandai membezakan antara aktif dan pasif. 

9. Jangan pedulikan tekanan orang

Jika ada orang memarahi anda tanpa sebab, jangan ambil kemarahan tersebut untuk difikirkan sehingga menyebabkan stress. 

10. Selalu perhatikan baki wang

Untuk mengelakkan rasa stress. sebaiknya tengok selalu baki wang anda dalam poket, supaya nanti dapat mengelakkan daripada masalah wang pada masa yang akan datang.

11. Amal senaman tiga kali seminggu

Buat jadual 3 kali seminggu untuk lakukan senaman. jogging, bermain badminton dan sebagainya. Tidak kisahlah sukan apa yang anda lakukan.

12. Senaman minda

Minda kita juga harus bersenam, contohnya dengan permainan Sodoku dan Chess, ini baik untuk kesihatan minda kita.

13. Jangan bermain komputer games

Buang tabiat suka bermain permainan komputer.  Ianya membuatkan seseorang ketagih dan menghabiskan masa terlalu lama dihadapann komputer..

14. Amalkan budaya suka membaca

Pak Engku seorang yang gemar membaca, beliau membaca 5 surat khabar sehari. Dengan banyak membaca, ianya dapat mengasah minda dan pemikiran kita.

15. Kita mesti berfikir dan terus berfikir

Jika ingin melakukan sesuatu, sebaiknya berfikir terlebih dahulu. Supaya apa yang difikir sesuai dengan apa yang ingin dicapai.

16. Banyakkan perbincangan

Bincanglah perkara yang bagus-bagus dengan rakan korang, ini menggalakkan minda untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Supaya kita mendapat idea-idea yang baru.

Jadi, inilah antara tips-tips yang berguna untuk korang jika ingin menjadi manusia yang bijak. Yang paling penting, setiap hari harus belajar benda baru agar seiring dengan peredaran masa.