Korang Yang Nak Berbisnes Tapi Tiada Modal Boleh Mohon 15 Bantuan Kewangan Kerajaan Ini!
# Gaya Hidup

Korang Yang Nak Berbisnes Tapi Tiada Modal Boleh Mohon 15 Bantuan Kewangan Kerajaan Ini!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 25, 2018
pada 1:02 AM

Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, memiliki satu kerja sahaja tidak memadai untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Bukan gaji tak cukup, tapi jika korang hanya membuat satu pekerjaan saja, gaji yang korang dapat tu cuma cukup-cukup makan. Mungkin ada yang tak berpeluang untuk menyimpan pun.

Antara kerja kedua yang orang selalu pilih untuk tambah pendapatan sampingan adalah dengan berbisnes. Namun, ramai yang terpaksa menangguhkan niat untuk berbisnes kerana faktor modal yang tak mencukupi ataupun tiada modal langsung. 

Sebenarnya, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan kewangan untuk korang yang memerlukan wang bagi memulakan perniagaan. Jadi korang tak perlu terhad dengan hanya membuat pinjaman dari bank semata-mata.

Ini 15 senarai bantuan kewangan yang korang boleh mohon sekiranya korang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan.

 

1. TEKUN

Untuk Skim Pembiayaan Kecil (SPK), berjumlah antara RM10,000 - rm50,000. Untuk Skim Pembiayaan Sederhana (SPS), berjumlah antara RM50,000 - RM100,000.

 

2. PROSPER

PROSPER menawarkan 8 jenis skim untuk yang berminat. Korang boleh memilih:

  • PROSPER Runcit
  • PROSPER Pemborong
  • PROSPER Usahawan Muda
  • PROSPER Teras
  • PKS
  • Program Budding PUMA
  • Pembiayaan Hartanah-i SME PUNB
  • PROSPER Runcit (Pembiayaan Trak Bergerak)

 

3. Program JUMPER PUNB

 

Program JUMPER PUNB (sebelum ini dikenali sebagai Program Siswazah Perantis) sebuah program khas yang mensasarkan graduan muda Bumiputera yang memilih untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Perantis ini akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus dan latihan teori. Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang peruncitan dan pengedaran.

 

4. TERAJU

Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic,  MIDF dan Maybank Islamic.

Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

 

5. TUKAR

Program ini bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2011 dan disasarkan untuk dilaksanakan sehingga tahun 2020 (10 tahun).

 

6. SUPERB

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.79 juta dana SUPERB telah diluluskan.”

 

7. Dana Mudahcara (Facilitation Fund)

Dana Mudahcara (Facilitation Fund) diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta. Geran 15% dari keseluruhan kos yang layak  bagi komponen infrastruktur dan peralatan bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan oleh syarikat Bumiputera terutamanya dalam sektor NKEA yang berimpak tinggi. Kos minima projek yang layak dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini ialah RM 500,000.

 

8. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

 

SPiKE terbuka kepada kontraktor dalam bidang berikut :

  • Kontraktor Binaan Gred G1, G2, G3, G4 & G5
  • Kontraktor Bekalan
  • Kontraktor Perkhidmatan
  • Kontraktor Elektrik

 

9. Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia

Ini merupakan bantuan dana kepada peniaga kecil-kecilan yang juga memberi keutamaan kepada kaum bukan Bumiputera. Bantuan dana yang disediakan berbentuk mikro kredit.

 

10. SKIM 1PELAJAR 1PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.

 

11. MyCreative Ventures

Ia merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu usahawan dari bidang kreatif & seni. Bantuan dana yang disediakan berbentuk pinjaman atau pelaburan ekuiti sehingga RM 5 juta ringgit.

 

12. Dana Pembangunan Halal

Dana ini membolehkan para usahawan halal berpeluang memperolehi kemudahan kewangan bagi pembiayaan projek berkaitan halal. Ini termasuk usahawan-usahawan yang cenderung untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan eksport pengeluaran.

 

13. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)

Dana ini bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. 

 

14. Amanah Ikhtiar Malaysia

AIM menawarkan tujuh (7) Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran. Bakal ahli yang layak menyertai AIM, perlu menubuhkan KUMPULAN (5 org) sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai dan bertanggungjawab.

Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk direka khas bagi menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan masing-masing.

 

Sumber Oleh: Gila Hartanah