Panduan Mudah Untuk Memilih Warna Pakaian Mengikut Hari & Psikologi
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Panduan Mudah Untuk Memilih Warna Pakaian Mengikut Hari & Psikologi

post by Aisya

by Aisya

May 31, 2022
pada 10:27 AM

Hari ni korang pakai baju warna apa? Korang tahu tak setiap warna pakaian yang korang pakai tu mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakainya tau.

Ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit. Sebenarnya pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari. Sebelum tu, kalau nak cari kerja boleh cari dekat Maukerja. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK SINI
Jom baca TIPS di bawah ini :

Isnin - Putih

Hari Isnin sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Selasa - Merah Jambu/Ungu 

Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan.

Aura positif daripada merah jambu membuatkan korang berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kamu untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan korang ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.
 

Rabu - Biru 

Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong korang untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.

Khamis - Kuning/Oren 

Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan korang bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh korang kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.
 

Jumaat - Hijau

Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri korang.
 

Sabtu - Merah

Warna merah sesuai dikenakan pada hari ini kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.
 

Ahad - Hitam

Warna hitam membuatkan korang berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk korang beristirehat agar kembali bertenaga merencanakan masa depan. Okay lepastu jom cari kerja dalam Maukerja! Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK SINI