[Terkini!] - Nilai 'Mas Kahwin' Mengikut Negeri 2019
# Gaya Hidup # Trending Semasa

[Terkini!] - Nilai 'Mas Kahwin' Mengikut Negeri 2019

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Mar 28, 2019
pada 1:37 PM

Bila tengok rakan-rakan seusia ada yang dah pun menamatkan zaman bujang seawal tamat pengajian di universiti, ada yang dah berkeluarga kelek anak dua tiga. Pernah tak korang terfikir? Bila masa korang pula akan tiba? Melayari bahtera rumah tangga bersama si dia yang tercinta, alangkah indahnya! 

Kadang tipu la kalau dah berumur tapi sikit pun tak rasa nak 'settle down', Jadi kalau korang yang mana dah ada perancangan nak tamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat ni. Tahun depan ke? eyh! Haha.. Korang wajib tahu info pasal mahar perkahwinan mengikut negeri ni! 

Mas kahwin yang juga dikenali sebagai mahar merupakan antara pemberian berharga 'wajib' yang diberikan oleh si suami kepada isterinya  semasa berlangsungnya upacara Ijab dan Qabul antara kedua mempelai. Hikmah disebalik pemberian mahar yang telah disyariatkan dan dituntut di dalam islam seiring dengan firman Allah di dalam surah khusus untuk wanita iaitu An-Nisaa' yang bermaksud: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka”. (Surah An-Nisaa’ Ayat 4).

Jelas dan terbukti melalui surah ini Allah SWT membicarakan tentang kemuliaan seorang wanita sehingga diwajibkan mahar keatasnya sebagai tanda 'dibelinya' sebuah cinta yang suci dan wanita tak boleh di sia-siakan oleh pasangan nya.

Mahar boleh datang dari pelbagai  bentuk mengikut adat sesuatu kaum, bagi kaum melayu mahar selalunya diberi dalam bentuk wang ringgit ataupun perhiasan wanita yang diperbuat daripada emas seperti gelang, cincin atau rantai emas. Namun mengikut adat jiran negara kita iaitu Indonesia, mereka mengunjurkan mahar yang berbeza seperti memberi barangan berasaskan emas seperti jongkong atau syiling emas sebagai mas kahwin.

Semuanya tergantung kepada kehendak pengantin perempuan itu sendiri dengan perkiraan dan kemampuan pengantin lelaki untuk menyediakannya, sesuai dengan apa yang dipinta. Kebanyakan keluarga mempelai akan meletakkan harga mahar mengikut had nilai mengikut negeri iaitu:-

Bagi negeri yang tiada ketetapan mas kahwin seperti negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan selalunya ia berbalik kepada keluarga pengantin perempuan untuk menentukan sendiri harga mas kahwin yang ingin dituntut daripada pihak pengantin lelaki. 

Mas kahwin merupakan hak mutlak si isteri 100%! Serta suami ditegah keras untuk mengambilnya kembali mahupun menggunakannya dengan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan dan keizinan daripada isteri. “Sebaik-baik perempuan adalah yang paling murah maharnya”. Antara mahar yang dianjurkan dalam Islam cukuplah hanya dengan senaskah Al-Quran sebagai tanda mengingati bahawa perkahwinan yang dibina berlandaskan Islam adalah tanggungjawab yang berat dan sewajarnya dijaga dengan sebaik mungkin. Namun harus diingati, bahawa perkahwinan dalam Islam sifatnya memudahkan dan tidak membebankan.