Resah Perkahwinan Ditangguh, Gadis Ini Terus Ajak Pasangan Nikah Sehari Sebelum PK P
# Trending Semasa

Resah Perkahwinan Ditangguh, Gadis Ini Terus Ajak Pasangan Nikah Sehari Sebelum PK P

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 12, 2021
pada 3:21 PM

2021 adalah antara tahun mencabar yang perlu kita tempuhi sekali lagi. Setelah PK P pertama dikenakan pada April 2020, pada tahun ini di beberapa buah negeri dikenakan perintak kawalan pergerakkan semula. Antara negeri yang dikenakan perintah ini adalah Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah. Pengumuman itu dibuat pada Isnin baru ini oleh Perdana Menteri dimana perintah itu bermula pada hari ini Rabu, 13 Januari 2021. Resah Perkahwinan Ditangguh, Gadis Ini Terus Ajak Pasangan Nikah Sehari Sebelum PK P

 

Pastinya ramai yang sudah panik dan rancangan mereka tergendala apabila perintah ini dikenakan. Pasaraya dibuka, tetapi hanya 2 orang dari ahli rumah sahaja yang dibenarkan, warung dan kedai makan boleh dibuka tetapi hanya untuk take away sahaja dan tiada sebarang aktiviti berkumpul seperti perkahwinan, sambutan perayaan atau aktiviti keagamaan dibenarkan.

 

Seperti pasangan yang tular ini, resah memikirkan pernikahan mereka berkemungkinan akan ditangguhkan lebih lama, si gadis ini mengajak pasangannya bernikah betul-betul sehari sebelum PK P dilaksanakan! 

 

Pernikahan secara tiba-tiba itu berlangsung di Dewan Apartmen Kenari pada jam 10 malam! Persiapan seadanya itu dibuat kurang 24 jam sahaja. Yelah, whatsapp bakal suami pukul 10 pagi, pukul 10 malam dah selamat nikah.

Rancangan asal nak buat dekat rumah je, tapi lepastu mereka all out untuk set up dewan pada hari itu jugak. Dengan pertolongan kawan-kawan yang sangat supportive dan juga ahli keluarga, maka dewan berjaya juga di siapkan!

 

Pengantin jadi blur! Rasa takpercaya tengah menikah, "ingatkan tengah practice je". 

Menurut perkongsian Diyana di lama twitternya, borang nikah semua telah settle. “Cuma patutnya nikah bulan 2, but then takut Pk P2.0 ni bukan takat 2 minggu je, tu yang mintak kahwin cepat.

Antara ragam hari pernikahan beliau, boleh pula imam tersalah bawa borang. Dah tu, nama suami pun lain. Haih, cabaran betul ye!

Jurugambar pun jadi bidan terjun juga!

Sempat lagi tu dia mengamalkan prinsip syarikat, FAST! 

Takkurang juga dengan respond warganet yang nak ajak pasangan terus nikah. HAHAHA semoga urusan korang pun di permudahkan.


 

Kami di Maukerja mengucapkan tahniah kepada Diyana. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke syurga dan dikurnikan anak yang soleh dan solehah. Selamat pengantin baru buat Diyana & Syed Muzammer!