Rider Raih RM9,000 Sebulan, Sebenarnya Ini Rahsianya
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Rider Raih RM9,000 Sebulan, Sebenarnya Ini Rahsianya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2021
pada 5:40 PM

Menjadi seorang penghantar makanan (food delivery) atau rider bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Mungkin kita hanya nampak mereka bawa motosikal dijalan dan menghantar barangan kepada pelanggan tanpa perlu hadap masalah-masalah lain. Ramai taktahu sebenarnya mereka inilah yang paling banyak menghadap risiko dalam memenuhi tempahan pelanggan. Rider Raih RM9,000 Sebulan, Sebenarnya Ini Rahsianya

Sumber gambar: Says.com

Semalam tular di sosial media apabila seorang rider ini berkongsi di status Whatsapp nya dimana beliau berjaya meraih RM18,000 dalam masa dua bulan hasil dari 2651 penghantaran yang dibuatnya itu.  

Tangga Pembayaran

Namun begitu, bukan senang-senang dan semua rider boleh menikmati kadar pembayaran begitu. Berdasarkan sistem Foodpanda, ada 4 tangga bayaran diberikan mengikut ‘batch’ rider tersebut. 

 

 

Batch paling tinggi adalah batch 1 dimana jika mereka berjaya selesaikan 1 tempahan, RM7 dibayar. Dalam masa seminggu batch 1 boleh meraih sehingga RM630 dengan masa kerja tidak kurang dari 30 jam.

 

Batch terendah pula adalah batch 4,5, dan 6. Kalau korang baru di batch ini, bayaran bagi 1 tempahan yang dihantar hanyalah RM4.50 dengan janaan seminggu sebanyak RM396 pada kadar 30 jam masa bekerja.

 

Bagaimana nak dapatkan Batch 1?

Menurut perkongsian warganet, nak capai batch 1 ni, masa penghantaran korang perlulah lebih 70 jam dalam masa seminggu. Bermaksud, 1 hari kena bekerja selama 10 jam! 

Kalau korang target nak capai batch 2 sahaja, masa jam bekerja seminggu perlulah berjumlah tidak kurang dari 43 jam. 

 

Cara nak kekalkan tangga Batch 1

Tapi jangan seronok sangat kalau korang dah berjaya mencapai pada tahap batch 1 ini. Kerana nak maintain di batch ini bukanlah mudah. Antara tips yang dikongsi warganet adalah:

Kalau dapat jadual penghantaran, perlu diselesaikan, jangan ‘no show’

  • Tidak boleh lewat

  • Jaga acceptance rate

  • Jangan break lama sangat

    Tidak kurang juga mereka yang berkongsi pengalaman berada dalam batch 1 ni. Sememangnya memerlukan pengorbanan dari segi masa kepada keluarga dan diri.

    Walaupun kita tahu semua orang sedang struggle mencari rezeki, keselamatan dan kesihatan diri jangan dilupakan. Duit boleh dicari, tapi kesihatan dan nyawa hanya satu. Kami doakan semua yang sedang bekerja di masa pandemik ini sentiasa dilindungi dari perkara yang tidak baik dan dimurahkan rezeki selalu.