[DIBUKA] Permohonan Bantuan Hadiah IPT Selangor RM1,000 Untuk Pelajar Awam Dan Swasta 2021
# Trending Semasa

[DIBUKA] Permohonan Bantuan Hadiah IPT Selangor RM1,000 Untuk Pelajar Awam Dan Swasta 2021

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 2, 2021
pada 12:00 PM

Inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS tahun pertama bagi tahun 2021. [DIBUKA] Permohonan Bantuan Hadiah IPT Selangor RM1,000 Untuk Pelajar Awam Dan Swasta 2021

Ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang dari RM5,000 atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS.

 

Permohonan Hadiah IPT Selangor bagi tahun 2021 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2021.

 

Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat untuk memohon HPIPT 2021 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.

  • Pemohon sudah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.

  • Pemohon adalah pelajar tahun pertama di IPTA atau IPTS terbabit.

  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • Jumlah pendapatan isi rumah keluarga pemohon adalah RM5,000 ke bawah.

     

    Cara Memohon

    Untuk memohon HPIPT 2021, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

    Layari laman web iaitu https://hpipt.selangor.gov.my/.

  • Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’

  • Klik butang ‘Daftar Baharu.’

  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.

  • Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’

  • Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.

  • Setelah berjaya log in, isi maklumat dengan lengkap.

  • Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’

  • Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.

  • Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:

     

    Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, 

    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

    40503 Shah Alam, Selangor.

     

    Dokumen Yang Diperlukan

    Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

    Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.

  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon.

  • Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).

  • Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).

  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).

  • Surat Pengesahan Mastautin Pemohon daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja).

  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.

  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5).

  • Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja).

  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.

  • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).

  • Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.


     

    Prosedur Pembayaran

    Bayaran akan dikreditkan ke nombor akaun yang dinyatakan semasa penghantaran permohonan. Jadi pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan lengkap.