Siapa Dah Terima 2 Dos Vaksin, Boleh Rentas Negeri/ Negara Tanpa Halangan -PM. 3 Lagi Fakta Yang Korang Perlu Tahu
# Trending Semasa

Siapa Dah Terima 2 Dos Vaksin, Boleh Rentas Negeri/ Negara Tanpa Halangan -PM. 3 Lagi Fakta Yang Korang Perlu Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 1, 2021
pada 10:30 AM

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, kerajaan telah memutuskan rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 bukan sahaja akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.

 

Antara negara yang boleh dilawat...

Kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara berkenaan. Sijil juga akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksin CO VID 19, sekali gus menjadi 'pasport' untuk mereka bergerak. Antara negeri yang dibenarkan untuk menggunakan sijil tersebut adalah Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta.

 

Korang belum daftar vaksin?

Bagi korang yang belum mendaftar, belum terlambat lagi untuk mendaftar sebelum kerajaan membuat tarikh akhir pendaftaran. 

Untuk pendaftaran bagi menerima Vaksin CO VID 19, orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera seperti berikut:

 

Buka aplikasi MySejahtera anda.

  • Tekan bahagian ‘Close’ di kanan atas paparan.

  • Klik bahagian ‘COVID19 Vaccination.’

  • Klik bahagian ‘Vaccine for (Nama Anda).’

  • Sahkan maklumat diri anda dan klik butang ‘Confirm’ jika tiada perubahan. Jika maklumat tersebut salah, klik butang ‘Edit.’

  • Kemudian, klik pada ayat ‘Click Here’ yang bergaris.

  • Jawab soalan yang diberikan dan klik butang ‘Hantar.’

  • Anda akan menerima paparan yang menunjukkan pendaftaran berjaya dilakukan.

     

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Vaksin CO VID 19 ini, sila layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.

     

    18 Proses Vaksinasi Yang Korang Perlu Tahu:

    Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

    Langkah 2 : Terima tarikh janji temu

    Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

    Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala

    Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti

    Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

    Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)

    Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

    Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

    Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19

    Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

    Langkah 12 : Hadir ke PPV

    Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala

    Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti

    Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)

    Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan

    Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin CO VID 19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)

    Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan

     

    Siapakah yang tidak sesuai mengambil vaksin?

    Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.

  • Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.

  • Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.

  • Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.

  • Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.

  • Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.

  • Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.

  • Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk CO VID 19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.

  • Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.

     

    Lihat senarai jenis vaksin yang digunakan di Malaysia dan cara ia berfungsin. KLIK SINI