3 Cara Untuk Bina Team Kerja Yang Produktif Setiap Hari
# Pengetahuan Pekerja

3 Cara Untuk Bina Team Kerja Yang Produktif Setiap Hari

post by Aisya

by Aisya

Sep 14, 2016
pada 2:02 AM

Bekerja dalam kumpulan ni memang mencabar minda dan kesabaran. Ianya memerlukan kerjasama yang kuat dan saling mempercayai ahli. Jika ada salah seorang ahli tidak menyumbang apa-apa tenaga, selamat berjaya lah untuk menempuh hari-hari kerja yang mendatang dengan perasan yang stress Siapa yang sanggup datang ke kerja setiap pagi mood dah berubah bila nampak muka ahli team yang bermasalah tu. 

Kadar peratusan produktiviti serta kegembiraan dalam bekerja akan meningkat bila group team semuanya baik belaka. Kerana itu lah company perlu invest banyak dalam isu ini untuk mengekalkan produktiviti pekerjanya. Pekerja yang happy memang akan menguntungkan company, percayalah. Tidak kira lah korang dalam team yang kecil mahupun besar, ada kaedah praktikal untuk nak kekalkan team korang gembira serta mencapai target. Bagaimana tu? Ini ada 3 tips untuk nak hasilkan sebuah team yanng produktif:

1. Berkomunikasi dengan baik

Kalau korang tak tahu apa yang team korang mahukan, dan ahli team sendiri tak tahu apa yang ketuanya mahukan jadi bagaimana nak lancarkan sistem atau proses kerja. Jika team member tak berapa faham dengan goal korang, ini petanda jelas yang korang kurangya komunikasi dan ini adalah persekitaran yang bertoksik. 

Bagaimana nak berkomunikasi secara efektif dan jadikan team korang gembira:

  1. Dengar lebih banyak: Komunikasi ni adalah dua hala dan melibatkan dua pihak, bukannya seorang sahaja. Ketepikan idea korang dahulu dan dengar apa yang orang lain mahu katakan. Ini menunjukkan yang korang tu bersedia untuk mendengar nasihat dan idea dari orang lain dan tak pentingkan diri semata-mata. Cara untuk nak dengar dengan lebih cermat adalah mengulangi apa yang diperkatakan oleh team member sebab ini menunjukkan yang korang betul-betul dengar.
  2. Kekal pada topik yang dibualkan: Apabila korang bersembang, jangan kelirukan orang lain dengan pelbagai topik dalam satu masa. Bualkan atau bincangkan topik satu persatu dan kekalkan point korang itu ringkas dan senang untuk difahami.
  3. Pandang pada mata pendengar: Ini memang penting sebab kebiasaannya, kita suka pandang telefon atau buat benda lain sewaktu bersembang dengan orang lain dan itu sememangnya satu sikap yang tidak beradab. Bila korang pandang tepat di mata orang lain, ia akan membuatkan pendengar fokus pada topik serta wujud ruang untuk berikan feedback. 
  4. Tanya soalan: Sebelum korang selesai berbincang, ambil masa untuk tanya soalan. Ini akan membantu agar korang betul-betul dapat semua maklumat yang diperlukan dan tiada percanggahan maklumat berlaku. Ini juga mewujudkan connection dengan team member dedngan lebih erat.
  5. Libatkan kesemua ahli: Dalam komunikasi ini, paling utama adalah dengan libatkan kesemua ahli dalam segala proses dalam mencapai target. Jangan sesekali cicirkan ahli team hanya kerana dia kurang bercakap atau rasa seperti tidak diperrlukan dalam group.

2. Hormati dan beri ruang pada pekerja lain

Kalau korang setaip saat asyik memerhatikan team member dan langsung tak beri ruang pada mereka, ianya tidak akan membantu dalam produktiviti mereka. Sudah semestinya mereka juga tidak akan rasa gembira kerana terkongkong. Tak perlu pun sampai berikan mereka 100% kebebasan dalam semua perkara, masih lagi kekalkan siapa ketua dan siapa yang bertanggungjawab. Tetapi perlu wujudnya mutual respect, dan ini termasuklah beri mereka sedikit ruang dan masa.

Apa yang paling membuang masa sekali adalah internet. Tangan tu tak boleh nak kawal daripada buka Facebook atau mana-mana blog serta social media yang lain dan ianya memang akan mengganggu prestasi kerja. Tapi apa kata berikan mereka ruang sedikit untuk lakukan apa yang mereka mahukan dalam masa 5 minit sebegitu. Selepas buat kerja dan menghadap berjam-jam mereka juga berhak untuk nak luangkan masa santai sekejap kan? Cumanya perlu diperhatikan juga agar tidak melebih-lebih. 

Bagaimana nak menggalakkan produktiviti tanpa bersikap tegas?

  1. Tetapkan matlamat: Jika team sudah ada matlamat yang jelas di mana kesemua ahli sudah tahu apa yang mereka dipertanggungjawabkan dalam mencapai goal itu dalam masa yang ditetapkan, jadi masing-masing sudah tahu apa kerja mereka. Biarkan mereka berehat sebentar atau lakukan apa-apa sahaja kerana mereka sendiri sudah faham bila untuk hantar dan apa yang perlu disiapkan. Percaya pada mereka.
  2. Tawarkan insentif: Semua orang suka bila orang lain nampak kerja yang mereka lakukan. Jadi berikan insentif pada pekerja yang siapkan kerja atau yang capai matlamat kerja dalam bentuk hadiah atau apa sahaja. Ianya boleh jadi belanja makan tengah hari atau sijil. Bila korang jadikan insentif itu menarik, ianya akan mewujudkan persekitaran kerja yang best. Jangan memilih dan pastikan korang masukkan kesemua pekerja. 
  3. Berikan waktu bekerja  yang fleksibel: Akan ada masanya korang perlukan kesemua ahli team untuk duduk berbincang dan lakukan kerja, tapi akan ada harinya  yang korang tidak perlukan penglibatan secara fizikal mereka di office kerana bukan setiap hari akan ada meeting kan? Ada orang yang gemar dan lebih produktif apabila bekerja pada waktu pagi dan ada yang sebaliknya. Jika boleh berikan fleksibility, jadi berikan pilihan pada team member.
  4. Beri latihan kerja: Dalam bekerja ni tidak akan timbul rasa berpuas hati dengan tahap kerja. Walau sehabis baik mana pun kerja tu, mesti korang akan fikirkan jalan lain untuk nak pertingkatkann lagi kan? Jadi galakkan dan berikan mereka peluang untuk meneroka perkara baru aau teknik dalam bekerja. Berikan latihan pada mereka kerana ini adalah investment yang menguntungkan. 

3. Tawarkan pelbagai manfaat tambahan

Ketahui lah sesebuah team ini amatlah penting dan jika seorang buat salah, dan mengakibatkan pekerja lain burnout company tepaksa melakukan proses yang berulang kali dalam mencari pekerja baru dan ini melibatkan perbelanjaan, masa dan tenaga. 

Ada pelbagai cara untuk sesebuah company serta manager untuk jadikan organisasi mereka lebih menarik dan berikan persekitaran kerja yang produktif dengan cara:

  1. Tawarkan manfaat kesihatan: Jika mampu untuk berikan manfaat dari segi kesihatan kepada pekerja maka boleh lah sediakan gym di office, makanan atau snek yang sihat, adakah waktu berehat atau ruang rehat senyap untuk berikan mereka rasa tenang dan jauh daripada stress.
  2. Tawarkan manfaat kewangan: Duit ini sangat berkuasa sebab walaupun korang berikan duit yang banyak pada pekerja tetapi kesetiaan itu tidak boleh dibeli. Ada  pekerja yang jika ditawarkan gaji yang lebih lagi, mereka akan lari ke company lain. Tapi perlu wujudnya usaha untuk berikan bonus atau kenaikkan gaji pada pekerja. 
  3. Jadi role model: Sebagai ketua team ataupun manager, perlu lah jadi role model yang boleh diikuti oleh pekerja lain. Tunjukkan sisi atau sikap kerja  yang baik serta professional dan pekerja juga bila dia nampak dia akan mengikutinya juga.

Wujudkan team yang produktif

Senang je sebenarnya kan kalau nak wujudkan team yang produktif? Tidak semestinya perlu gunakan wang semata-mata untuk nak jadikan mereka gembira  dengan kerja. Semuanya berbalik pada diri sendiri dahulu dan fikirkan apa yang team member mahukan daripada seorang leader. Cuba lah gunakan tips ini dan lihat apa keputusannya selepas beberapa lama.