Bos Tak Terima Surat Berhenti Kerja Korang. Boleh Ke Macam Tu? - MauKerja.my
# Pengetahuan Pekerja

Bos Tak Terima Surat Berhenti Kerja Korang. Boleh Ke Macam Tu? - MauKerja.my

post by Aisya

by Aisya

Mar 1, 2022
pada 8:02 AM

Boleh ke kalau bos tak nak terima surat berhenti kerja? Katakan lah korang terima tawaran kerja baharu dan memang nak hantar dah surat berhenti kerja tetapi bos boleh cakap dia tak nak terima. Eh kenapa pula macam tu? Kalau berhenti juga macam tu je akan dikenakan tindakan undnag-undang ke? Pening juga ni kalau perkara macam ni terjadi. Sebab itu lah korang sebagai pekerja perlu ambil tahu mengenai undang-undang pekerjaan. Apa hak korang sebagai pekerja, kontrak kerja dan bermacam lagi. Jangan bila dah terjadi tak tahu nak buat apa tau.

Ketahui kontrak kerja korang

 

1. Fixed- term employement contract: Jika korang sudah menandatangani kontrak kerja dimana kedua-dua pihak bersetuju korang perlu bekerja buat satu tempoh yang sudah ditetapkan, jadi memang akan membawa masalah lah kalau korang berhenti kerja sebelum tamat tempoh. Ianya memang akan melibatkan campur tangan undang-undang dan nak tak nak korang perlu juga terus bekerja sampai tamat kontrak baru boleh pergi. 

2. At-will employement contract: Jika ianya at-will employment, iaitu terma yang bermaksud kontrak kerja di mana majikan boleh hentikan pekerja atas sebarang sebab dan tanpa sebarang warning pada bila-bila masa. Ianya agak menakutkan juga kerana siapa tahu, esok-esok bila datang kerja tiba-tiba bos cakap "esok awak tak perlu datang kerja lagi." Wow itu memang menakutkan betul. Dan ianya tak menyalahi undang-undang tau sebab memang korang sudah dimaklumkan mengenai at-will employement. Bagi pekerja, ianya satu kelebihan juga kerana korang bebas untuk berhenti kerja pada bila-bila masa. Tidak wujud tempoh khusus untuk bekerja dan jika dapat tawaran lain, pergi sahaja.

Tawarkan pertolongan sebelum berhenti kerja

Tapi kebiasaannya, bila korang hantar surat berhenti kerja, majikan akan berusaha untuk pujuk korang agar jangan berhenti. Tambah-tambah lagi jika korang bekerja dalam team yang kecil, atau ada kemahiran yang terbaik yang sukar untuk dicari ganti. Mungkin company sedang melalui tempoh yang sibuk, ada berlambak projek perlu disiapkan dan kalau korang tiada siapa nak tolong buat kerja? Atau juga boleh jadi majikan risau yang dia tidak akan dapat cari penganti sama seperti korang. Jadi mereka akan berterusan pujuk agar kekal dan mungkin suruh korang pertimbangkan semula.

Kalau dah tetapkan fikiran, bos pujuk macam mana pun tak akan boleh ubah keputusan korang kan? Tapi ingat, jika bekas majikan tak berapa suka sangat dengan korang berhenti kerja ianya boleh juga menjejaskan kerjaya kerana korang bakal gunakan dia sebagai rujukan.

Jadi cara terbaik adalah persiapkan diri dengan apa yang boleh korang bantu sebelum korang berhenti atau mungkin jika korang berhenti kerja terlalu cepat tawarkan pertolongan sebaik mungkin sehinggalah mereka dapat cari penganti. Mungkin korang boleh latih pekerja baru? Sedia membantu jika company perlu call untuk tanya soalan? Beritahu pada majikan apa yang boleh korang tawarkan. Sejuk sedikit hati bos untuk nak lepaskan korang.

Jangan ambil mudah kontrak kerja

Sebelum bercadang nak berhenti kerja, kaji dan fahami dahulu jenis kontrak kerja. Sebab itu lah tak boleh sesuka hati je tandatangan tanpa membaca terlebih dahulu. Fahami kontrak, dan jika ada sebarang masalah rujuk pada HR minta penjelasan. Bayangkan jika korang ada masalah di tempat kerja dan kontrak ada laggi 8 bulan, tabah kan sahaja lah hati kan? Harap ini membantu sebarang persoalan mengenai isu berhenti kerja!