Stres Lambat Dapat KADS1M? Alumni Ini Jelaskan Cara Untuk Dapatkannya Dengan Mudah
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Stres Lambat Dapat KADS1M? Alumni Ini Jelaskan Cara Untuk Dapatkannya Dengan Mudah

post by Aisya

by Aisya

Apr 5, 2017
pada 5:50 AM

Siswa-siswi sejak dari tahun 2012 lagi sudah diberikan bantuan Baucher Buku 1Malaysia (BB1M) untuk mengurangkan beban kos buku akademik. Tetapi pada tahun ini pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi masih lagi layak menerima bantuan cumanya bantuan ini diberikan dalam bentuk lain.

Bermula tahun ini, bantuan RM250 akan diterima menerusi akaun bank dan bukan lagi baucher. Ianya akan didebitkan ke dalam akaun Bank Rakyat yang dikenali sebagai KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia). 

Sungguh pun begitu, masih ramai lagi pelajar-pelajar yang tertanya bagaimana sebenarnya cara untuk memohon kad ini. Dan atas permintaan ramai dan juga rungutan yang diterima kerana masih lagi tidak menerima kad siswa ini, jom baca dahulu penerangan dan tips dari netizen ini langkah-langah untuk memohon kad tersebut. Jangan tanya lagi macam mana nak mohon ya.

 

"Hari nie kita post pasal kad siswa sebab ramai sangat bertanya" 

 

"Jika email tak dapat-dapat lagi, call bank terus dan tanya elok-elok" 

 

"Orang nak bagi duit tak kan nak tunggu disuap dulu kot hehe. Cukup-cukup lah waktu belajar dah disuap dengan lecturer"

 

Resume dah tip top, tapi kat mana pula cari kerja, jangan lah risau! Jom bawa resume anda yang gempak tu ke EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma