Apa Pendapat Korang Luahan Lelaki Ini Pasal 'Real Life' Jadi Eksekutif Bila Bekerja Dalam Dunia Korporat?
# Pengetahuan Pekerja

Apa Pendapat Korang Luahan Lelaki Ini Pasal 'Real Life' Jadi Eksekutif Bila Bekerja Dalam Dunia Korporat?

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Feb 13, 2020
pada 3:58 PM

Kalau kita tengok dalam TV, fuh! Megah-megah belaka, pakai lawa-lawa pejabat selasa, kerja pun nampak macam senang je. Lepastu ada masa keluar duduk makan-makan di restoran mahal-mahal. Hidup macam pergi kerja, balik rumah cukup masa dapat gaji, aman damai je bila nak buat kerja.

Hakikatnya, bdalam relaiti sebenar, kerja korporat ini lah antara kerja banyak dugaan. Kerja yang bertimbun, lepastu ada je masalah-masalah yang terjadi tapi tak dapat nak buat disebab perangai-perangai orang atasan. Untuk lebih senang faham, Haiqal akan berikan contoh yang paling mudah supaya kita dapat hadam.

Alahai! Kesiannya begini rupanya 'real life' mereka, korang yang bekerja dalam dunia korporat setuju tak apa yang dia katakan? Kena hadapi perkara yang sama tak? Meh, share sikit dengan kami.

Mari aku cerita sikit dalam bahasa mudah bagaimana bekerja di dalam syarikat korporat. 

Anda seorang executive. Anda report kpd manager. Di atas beliau, ada senior manager. Di atas senior manager ada HOD. Pada suatu hari, HOD mengarahkan senior manager untuk menghasilkan satu essay yang ditulis menggunakan pen di atas sehelai kertas A4

Senior manager pula mengarahkan benda yang sama kepada manager, dan manager mengarahkan benda yang sama kepada anda. Tetapi anda berdepan dengan masalah. Anda tiada pen. Anda beritahu manager anda, manager anda suruh sediakan purchase requisition bagi sebatang pen.

Anda pun dengan kemasnya siapkan PR dalam tempoh 15 minit dan terus tunjukkan kpd manager anda. Manager anda cakap pen itu terlalu mahal. Cari supplier lain. Anda cari dan cari, sehinggalah jumpa yang lebih murah. Lalu manager anda cakap "ok tnggu sr manager approve".

Dalam konteks ini, Haiqal memberikan gambaran yang paling mudah, untuk kita faham. Kerja korporat ni bukanlah pasal isu nak buat karangan pun, ia hanyalah sekadar gambaran situasi proses kerja untuk dilakukan.

Maka anda pun duduk goyang kaki ataupun minum kopi sementara menunggu pen tersebut sampai. Seminggu berlalu, pen tidak sampai lagi. Anda pergi kepada manager anda, dan manager anda memberitahu bahawa sr manager belum approve lagi PR tersebut.

Lalu anda pun bengang, tetapi dalam masa sama cuba bersabar. Anda mula meluahkan kerisauan yang essay tersebut tidak dapat disiapkan. Tapi manager anda cakap "saya dah buat yg terbaik, tapi keputusan bukan dekat tangan saya". Anda pun redha.

Penat-Penat Buat Kerja, Manager MAcam Acuh Tak Acuh, Orang Bawahan Pula Kena Marah

TIBA-TIBA, entah dari mana, HOD anda mula menempik dari pejabat beliau kerana mahukan essay tersebut. HOD panggil masuk meeting semua dari sr manager, manager dan anda. "Mana essay?" Tempik HOD. Anda pandang manager, manager pandang sr manager.

Anda dan manager anda tahu yang buat taik adalah sr manager anda, tapi tak boleh nak jatuhkan air muka dia depan HOD. Lalu anda dan manager senyap, sambil menunggu jawapan cover line dari sr manager. "Kita adalah masalah dengan supplier pen" ujar sr manager dengan penuh yakin.

Kepala HOD telah basah dek kena kencing oleh sr manager. Tetapi HOD dapat terima alasan tersebut dan memberi extension of time. Habis meeting dengan HOD, sr mgr tiaw manager dan anda seperti tiada hari esok. Dia cakap, macam2 mana pun esok essay tu kena siap.

Berhempas Pulas Buat Kerja, Sampai Korabn Kan Masa Tenaga, Keluarkan DUit Sendiri.. Akhirnya Hangus Macam Tu je

Maka anda pun pergilah ke kedai buku untuk membeli sebatang pen menggunakan duit sendiri kerana risau syarikat anda akan muflis jika essay tersebut gagal untuk disiapkan. Disinilah anda begitu bersemangat untuk menunjukkan dedikasi anda kepada syarikat.

Anda bekerja lebih masa pada hari tersebut demi menyiapkan essay tersebut. Anda pulang lewat malam. Keesokannya anda masuk semula ke pejabat dan berdebar untuk menyerahkan essay tersebut. Tetapi, hari itu HOD, sr manager dan manager anda tiada di pejabat.

Tiada seorang pun yang meminta anda untuk menyerahkan essay tersebut. Sehingga lah hampir jam 5 petang, kesemua bos pulang ke pejabat dan memberitahu, CEO dah upah consultant utk tulis essay tu. So tak payah buat dah.

Terima kasih kerana membaca