Pilih 11 Jurusan Ini Kalau Nak Sambung Belajar Supaya Senang Dapat Kerja
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Pilih 11 Jurusan Ini Kalau Nak Sambung Belajar Supaya Senang Dapat Kerja

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 22, 2022
pada 10:02 AM

Bagi korang yang baru nak sambung belajar tidak kiralah dalam peringkat Sijil, Diploma, Ijazah atau lain-lain lagi korang patut tahu pekerjaan HOT yang mudah untuk diterima berkerja di Malaysia! Bukan itu saja admin pasti kerja-kerja ini menawarkan gaji yang cukup lumayan di samping pelbagai manfaat sampingan.

Bekerja dan mencapai cita-cita yang korang kejar  selama ni mestilah satu pencapaian yang korang patut banggakan dan syukuri. Tapi kalau bekerja sebab terpaksa dan tak melibatkan minat itu bukanlah satu keputusan yang bijak. Takut-takut korang yang akan merana satu hari nanti!

Walaupun korang perlu menapak dari bawah, tu semua akan menjadi perkara manis dalam korang mengejar impian korang. Orang tua-tua cakapkan 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jadi banyak-banyak pekerjaan yang admin akan tunjukkan ni cuba korang tengok ada tak cita-cita korang terselit?

1. Marketing Digital

Zaman sekarang semuanya digital, kebanyakkan syarikat di Malaysia memang memerlukan graduate yang pandai digital seperti marketing digital, digital writter,  digital video kerana semua itu memudahkan dan mengurangkan kos pengambilan kerja. Selain itu adalah dapat menyebarkan maklumat dengan cepat.

 

2. Perubatan Dan Pergigian

Kalau korang nak tahu bidang medicine dan dentistry ini melibatkan kos pengajian yang termahal termahal iaitu lebih RM100,000 selama sekurang-kurangnya 5 tahun pengajian (tak termasuk yang gagal subjek-subjek dan terpaksa ulang tahun pengajian!). 

Kebiasaanya pelajar perubatan dan pergigian akan mendapat peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran. Wahh untunglah siapa yang bijak-bijak tu dapat begelar 'DR.' Tapi jangan dilupa tanggungjawab besar yang harus dibawa sebab korang memang orang terpilih dan terlatih untuk menyelamatkan orang lain.

3. Sains Veterinar

Kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan yang mudah mendapat pekerjaan sehingga 85.3%! Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar di Malaysia telah banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi  apabila ada isu yang melibatkan doktor Muslim perlu merawat haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, tapi kesedaran yang semakin tinggi terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini. 

Bolehlah admin bawa kucing admin jumpa korang nanti ya! :)

4. Subjek Berkaitan Perubatan (Paramedic) 

Selalu kita lihat mereka ini bekerja di sekitar hospital atau klinik bagi membantu doktor dalam merawat atau membantu pesakit. Pekerjaan ini tak lain tak bukan seperti  jururawat (yang kini ada lelaki dan perempuan!), medical officer, pegawai kesihatan dan macam-macam lagi. 

Pengajian paramedic ini merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik dan tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan. Statistik menunjukkan sabanyak 79.8% telah diterima bekerja sebaik sahaja tamat belajar.

5. Seni Bina, Pembinaan dan Perancangan

Kursus pengajian ini sangat unik dan agak mencabar kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini telah banyak memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seperti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

Sebanyak 71.3% daripada graduan berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang ini.

6. Kejuruteraan Dan Teknologi

Secara general, bidang ini mempunyai banyak persamaan dengan kursus di no.4. Antara sebabnya adalah kerana ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Apa yang membuatkan mereka lebih special ialah graduan teknologi kejuruteraan ini boleh bekerja di pelbagai bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Kajian mendapati sebanyak 62.8% mereka yang berjaya dalam bidang ini mudah mendapatkan pekerjaan.

7. Sains Komputer 

Sains komputer pula secara amnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. Tugasan ini dijalankan sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi. 

Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini permintaan pekerjaan dalam bidang ini amatlah memberangsangkan sehingga mencecah 59.1%.

8. Pendidikan

Mempunyai ijazah dalam bidang ini adalah amat sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah pada hari ini kerana kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Admin respek kerja cikgu ni, bukan senang nak mengajar anak orang tau. Sebanyak 59.1% daripada mereka yang menggengam ijazah pendidikan telah mudah mendapatkan pekerjaan.

9. Pengajian Perniagaan 

Kursus ini banyak menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Mereka turut dilihat sebagai golongan professional yang berjaya. Sebanyak 49% graduan dalam bidang business ini telah berjaya menempah kerjaya seperti yang mereka mahukan

10. Sains Matematik

Bidang ini berkait rapat dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang amat bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri. 

Admin kalau ambil matematik mesti pening kepala la. Tapi graduan dalam bidang kritikal ini telah membuktikan seramai 47.1% telah memperolehi pekerjaan dengan mudah.

11. Pengajian Sosial

Pengajian Sosial merupakan satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Korang jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang sangat luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi. Menarik bukan? Kajian mendapati graduan dalam krusus ini mampu memperoleh pekerjaan dengan begitu mudah sehingga 44.9%.

Jadi mana satu jadi pilihan korang untuk korang kejar dan capai?