Tak Tahu Perbezaan CV & Resume? 6 Langkah Penting Ni Akan Bantu Korang, Mohon Hadam!

Sera
by Sera
Sep 24, 2019 pada 9:38 AM

Bila dapat je tawaran temuduga, perkara pertama yang di minta oleh penemuduga sebagai perkara WAJIB bawa adalah Resume atau CV dan juga dokumen-dokumen tertentu seperti sijil kelayakan dan butir pengenalan diri.

Boleh dikatakan kebanyakan di antara korang yang masih keliru dan tak faham, apakah beza kedua perkara ni? Nampak macam sama, tapi tak serupa ya!

Ada kemungkinan juga di sebabkan kekeliruan korang ni, jadi punca korang sering tak disenarai pendek untuk temuduga. Jom baca sampai habis! Untuk faham dengan lebih mendalam.

1. Muka surat

Bagi korang yang belum tahu, bilangan muka surat untuk CV adalah lebih banyak berbanding resume. Sebab CV ni korang boleh manfaatkan helaian yang diberi utnuk bercerita lebih details tentang diri sendiri tau. Tapi jangan pula buat CV sampai 10 Pages, itu dah proposal thesis dah tu. Hahahaa..

Resume adalah lebih ringkas tak perlu berkajang-kajang muka surat, sehelai je dah cukup sebab korang cuma perlu letak maklumat yang penting je! ingat tu. Resume lebih straight to the point! Sebab tu lebih ramai pemburu kerja yang lebih suka menyediakan resume berbanding CV, kerana cv sedikit leceh dan remeh.

 

2. Gambar

Untuk CV tak perlukan sebarang gambar pun, sebab kunci utama yang recruiter nak tengok ialah isi kandungan yang tertulis dalam cv korang tu. Korang kena skim betul-betul maklumat yang korang decide untuk letak dalam cv tu. untuk nampakan korang ni calon yang berkualiti. Karang ayat yang rinkas dan padu. Supaya dapat naikan market value diri sendiri.

Bagi resume pula, adalah wajib untuk korang sertakan gambar, sebab recruiter akan tengok personaliti korang. Jadi pemilihan gambar yang sesuai adalah crucial. Korang kena pilih gambar yang menyerlahkan keterampilah korang. Barulah recruiter yakin untuk pertimbangkan permohonan kerja korang tu.

 

 

3. Format

CV mempunyai format tertentu yang telah ditetapkan untuk korang laksanakan nya, korang boleh refer tips penulisan CV yang baik KLIK SINI atau korang boleh dapatkan khidmat pakar kalau berduit, kalau nak khidmat percuma tanya pakcik Google je lah ye.

Manakala bagi resume korang boleh design ikut suka hati korang. Tapi satu tips yang admin boleh kongsikan korang kena belajar cara untuk place text korang agar nampak lebih terususun dan teratur. Lepas tu korang kena belajar skimming semua maklutmat penting supaya resume korang tak terlalu padat dna sedap mata memandang.

 

4. Info wajib

CV mempunyai info yang lebih lengkap dari A - Z, dari maklumat diri pemohon kerja sehinggalah pengalaman kerja dan nilai diri korang yang boleh dijual kepada recruiter. Sebab tu isi kandungan cv lebih padat dan 'wordy' berbanding resume.

Untuk resume pula, korang tak perlu sakit kepala nak tulis banyak perkara, ingat! Hanya perkara yang berkaitan dengan jawatan yang korang mohon je perlu ada sebagai isi kandungan resume korang tu, korang kena relatekan pengalaman korang dengan job position tu. Bagaimana pengalaman korang akan bantu untuk menambah baik syarikat sekiranya korang ditawarkan kekosongan tu.

 

5. Objektif

CV tak perlukan korang untuk ada sebarang objektif pun, sebab dah terlalu banyak info yang korang dah sumbat di dalamnya! Kalau ditambah lagi nanti kemungkinan CV korang bertukar jadi proposal tu adalah sangat tinggi!

Sebaliknya pula bagi resume, objektif merupakan perkara yang WAJIB lagi mustahak tau! Selalunya objektif perlu berada di bahagian awal sekali, kerana ia merupakan perkara kedua yang akan disemak oleh recruiter selepas maklumat diri korang.

Jadi tulis lah objektif yang semenggah sikit ye. 

 

6. Cover letter

Korang jangan lupa pula untuk sediakan cover letter sekali masa hantar CV tu tau.

Haa? Tak tahu apa  tu cover letter ?

Ni sedikit pencerahan untuk korang! Cover letter adalah ringkasan yang menyatakan tujuan CV anda dihantar. Ia hanya perlu disertakan bersama CV sahaja kerana resume itu sendiri sudah menyatakan objektif ia dihantar jadi kalau korang hantar resume tak perlu la hantar Cover letter okay!

 


Dah alang-alang cari tips resume tu jom buat RESUME di sini >> RESUME PERCUMA & CEPAT