[UJI DIRI] - Pilih Tempat Duduk 'Favourite' Bila Pergi Cafe, Kami Akan Rungkaikan Jawapannya...
# Gaya Hidup

[UJI DIRI] - Pilih Tempat Duduk 'Favourite' Bila Pergi Cafe, Kami Akan Rungkaikan Jawapannya...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 19, 2021
pada 8:50 AM

Korang perasan tak, bila kita pergi ke sesuatu tempat seperti di shopping mall, kita pasti akan ada satu lokasi favourite yang kita confirm akan pergi. Kalau admin, admin akan pergi ke kedai buku terlebih dulu. Hehe.

Samalah jugak dengan situasi di bawah. Kalau korang pergi ke mana-mana cafe ataupun restoran, lokasi mana satu yang korang akan pilih?

 

1. Miss-Know-Everything

Korang ni seolah-olah pasang CCTV kat semua tempat sebab korang tahu semua perkara! Apa-apa jenis gosip atau berita, confirm korang tahu punyalah!

 

2. Kegemaran Ramai!

  • Kalau ada apa-apa event atau sesi 'melepak,' korang mesti akan dijemput sebab korang ni sejenis yang menceriakan suasana. Korang ni sangat disenangi ramai dan penghibur!

 

3. Misteri!

  • Korang tak suka berada di tempat yang asing ataupun korang tak berapa familiar. Korang memerlukan masa untuk bergaul dengan orang di sekeliling. Tapi bila dah kenal, korang akan mula senang untuk diajak berborak!

 

4. Mudah mesra!

  • Korang ni jenis yang, follow the flow. Korang takkan rancang apa-apa aktiviti sebab korang ni jenis 'on' je! Korang memang tak banyak kerenah langsung dan tak cerewet. 

 

5. Pendengar yang baik

  • Antara kawan-kawan, koranglah pendengar yang paling baik. Kalau ada cerita ataupun rahsia, mesti kawan-kawan korang akan cari korang dulu. 

 

6. Baik hati

  • Korang sang disenangi ramai dan sering menjadi perhatian kawan-kawan. Korang ni jenis tak berkira dan sangat bertoleransi. Korang tahu apa yang kawan korang suka ataupun tak suka. Pendek kata, korang ni sweetlah orangnya.