Aplikasi My Ringgit: Cara Untuk Bantu Korang Kesan Wang Palsu
# Trending Semasa

Aplikasi My Ringgit: Cara Untuk Bantu Korang Kesan Wang Palsu

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 25, 2018
pada 2:37 AM

Kalau korang nak tahu, sindiket wang palsu kini merebak terutamanya di pasar-pasar malam. Para peniaga selalu menjadi mangsa dan sukar untuk nak 'detect' wang palsu yang keluar masuk kerana kesibukan berniaga dan juga keadaan pasar malam yang gelap. Betul tak?

Melalui sindiket wang palsu ini juga akan nampak seakan-akan wang tulen. Antara wang yang dipalsukan adalah wang kertas bernilai RM20, RM50 dan RM100.

Menurut beberapa peniaga, “Kami sedar bahawa sindiket wang palsu ini banyak digunakan di pasar malam, tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan untuk menanganinya”

BNM telah melancarkan aplikasi terbaru khas untuk pengguna telefon pintar. Aplikasi ini mampu bantu pengguna untuk mengenali matawang terbaru siri "Keunikan Malaysia" secara lebih dekat dengan mengenali dan mengetahui ciri-ciri keselamatan yang dimiliki oleh matawang Malaysia.

Aplikasi My Ringgit adalah percuma dan boleh dimuat turun dari laman "Google Play" dengan menggunakan platform android (181MB). Memandangkan filenya bersaiz besar iaitu 181MB maka adalah dinasihatkan untuk dimuat turun menggunakan WIFI.

Aplikasi My Ringgit memiliki dwi-bahasa (English dan Melayu) untuk dipilih oleh pengguna ketika sedang menggunakannya. 

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa cara untuk mengesan perbezaan di antara wang palsu dengan wang tulen.

Ini ciri-ciri yang wajib ada pada sekeping wang yang tulen RM 100 yang boleh korang tengok:

1.Cetakan intaglio: Kesan cetakan yang boleh dirasai dengan menggosok jari korang ke atas tempat yang ditandakan

2.Cetakan watermark: Apabila terkena cahaya terang, korang boleh melihat potret YDP-Agong dan nombor 100 di bawahnya

3.Angka yang boleh dilihat : Pegang wang dibawah cahaya terang dan korang akan lihat pembentukan sempurna angka 100

4.Garisan benang: Sekali lagi, korang perlu memegang wang kertas di bawah cahaya dan perhatikan garis gelap yang timbul di atas kertas

5.Garisan keselamatan mikro: Terbalikkan wang kertas korang dan perhatikan bunga raya dalam garisan bergerak

6.Jalur emas: Terbalikkan wang ke bahagian belakang dan korang dapat lihat jalur berwarna emas yang menghala ke bawah

7.Huruf mikro : Korang juga mungkin memerlukan kanta pembesar untuk ini tetapi korang boleh menyemak dan melihat sama ada terdapat huruf mikro yang mengelilingi bahagian atas dan bawah gambar

8.Elemen fluorescent : Gunakan cahaya UV untuk memeriksa imej Gunung Kinabalu dengan angka 100 yang muncul dalam warna merah dan kuning

9.Teks dan logo fluorescent : Menggunakan cahaya UV, cari corak rusa dan segi empat tepat dengan teks “BNM 100”

10.Jaringan keselamatan: Lampu UV sangat berguna sekali lagi; semak gentian keselamatan bertaburan di sepanjang nota yang berwarna merah, kuning dan biru. Kebanyakan ciri-ciri ini dapat dilihat dengan mudah dengan mata kasar.

Jadi pastikan lepas ni korang tidak ditipu lagi! Dapatkan nota RM100 dan periksa sekarang!