"Badan Kita Unik!" Dr Amalina Balas 'Tweet'  Buktikan Mitos Produk Cuci Usus Pada Kesihatan!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

"Badan Kita Unik!" Dr Amalina Balas 'Tweet' Buktikan Mitos Produk Cuci Usus Pada Kesihatan!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 24, 2018
pada 3:22 AM

"AYUH, saya bersedia berdebat dengan mana-mana pengasas produk kecantikan, pembekal, pengaruh sosial media dan selebriti yang memprosi produk berkaitan!"

Pelatih jurubedah, Dr Amalina Che Bakri mencabar mereka yang mendakwa 'cukup arif' dalam bidang perubatan berkaitan suplemen dan ubat berunsur kecantikan, untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk mereka.

Tanpa sebarang kajian saintifik, produk-produk ini ‘laku keras’ dengan hanya bermodalkan testimoni palsu yang ditayangkan pada pengguna mereka.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, @MohdAsriDungun telah tampil dengan memuat naik gambar yang menunjukkan sebuah siaran televisyen sedang mempromosikan salah satu produk cuci usus dengan kapsyen memarahi rakyat Malaysia yang masih mempercayai produk tersebut walhal produk tersebut tidak bekesan.

Menurut pengasas produk tersebut, toksin yang terkumpul dalam badan akan dapat melemahkan sistem imun badan sekirnya tidak dibuang dengan segera.

Produk itu akan bagi kesan sampingan yang buruk…

Dr Amalina telah membalas tweet tersebut dengan memberikan penjelasan produk cuci usus itu tidak berkesan langsung malah akan memberi kesan sampingan yang banyak. Menurut beliau lagi, tiada saintis di dunia pun yang dapat membuktikan mana-mana produk cuci usus dapat memberi kesihatan kepada tubuh badan.

Dr. Amalina juga turut memberi beberapa link kepada pengguna laman media sosial untuk membuat rujukan di samping dijadikan maklumat tambahan yang kukuh untuk membuktikan mitos produk cuci usus tidak bagus untuk kesihatan.

Link 1 : Natural Colon Cleansing: Is It Necessary?

Link 2 : Science Daily

Badan kita unik…

Walau bagaimanapun, Dr Amalina berharap agar rancangan televisyen tersebut mengelakkan untuk menyokong produk yang tidak mendapat mana-mana nasihat pakar malah beliau turut memberitahu badan manusia mempunyai mekanisme pencernaannya sendiri yang mampu membuang sisa pencernaannya sendiri tanpa secara semulajadi.