Ejen Ali The Movie Bukan Cerita Budak Kampung, Bukan Superhero Ada Kuasa Tapi 'Malaysian Spy'
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Ejen Ali The Movie Bukan Cerita Budak Kampung, Bukan Superhero Ada Kuasa Tapi 'Malaysian Spy'

post by Ehsan

by Ehsan

Dec 12, 2019
pada 7:55 PM

Kredit Foto: MMU Alumni

Filem Animasi Malaysia, Ejen Ali mencetuskan fenomena apabila memungut RM13 juta selepas 7 hari tayangan. Namun, Usamah Zaid, pengarah dan juga penulis Ejen Ali The Movie berkata mereka harus melalui beratus-ratus proses idea sebelum terciptanya karya agung ini.

"Kita mula selepas kita bersetuju untuk tubuhkan Wau Animation. Saya suruh semua orang berikan sekurang-kurangnya lima idea."

"Kami tidak akan hasilkan cerita berkaitan budak kampung dan bukan superhero yang ada kuasa. Paling menarik di dalam senarai idea itu ialah yang kami panggil 'Malaysian Spy'."

"Bila orang tanya mana dapat idea, ia datang daripada beribu-ribu maklum balas dan sesi 'brainstorm' idea." 

"Filem Ejen Ali dihasilkan dengan modal RM6 juta termasuk pemasaran. Bila kita buat cerita atau produk baru ini, kena cari orang yang berminat untuk membiayai projek itu."

Kredit Foto: Selangorkini.my 

"Segalanya tentang macam mana kita susun strategi untuk berada di pasaran. Memang rasa sakit apabila mendapat 'rejection' tapi 'rejection' memberi kritikan yang membina." 

"Orang yang tak boleh menerima 'rejection' sebenarnya sebab dia rasa dia lebih bagus daripada orang lain. Kena rendahkan ego itu, ia satu proses pembelajaran.

"Bila kita ambil orang bekerja kita lihat potensi, kami tidak memandang kelayakan sahaja. Kalau tiada skills, dia kena ada semangat untuk mencari kemahiran itu." 

"Saingan itu bagus, kita cuma perlu buat lebih baik daripada orang lain. Saya yakin dengan kehadiran Ejen Ali sebenarnya memberikan semangat kepada pesaing juga.

Video