Ikuti 4 Panduan Ini Kalau Nak Jimat Duit & Dapat Petrol Lebih Semasa Mengisi!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Ikuti 4 Panduan Ini Kalau Nak Jimat Duit & Dapat Petrol Lebih Semasa Mengisi!

post by Izuan

by Izuan

Mar 31, 2017
pada 11:29 AM

Baru-baru ini kita harga petrol minyak telah menurun, kita sebagai rakyat marhaen ini sudah semetinya akan rasa gembira apabila mendengarkan kerana ia memberi kesan terhadap perbelanjaan kita. Namun, kita haruslah bersedia dengan segala kemungkinan kerana pasaran minyak ada pasang surutnya.

Jadi, demi menjimatkan wang kita, sebenarnya ada beberapa langkah rahsia yang kita boleh amalkan untuk mendapatkan penjimatan lebih, selain jimat wang ia juga boleh menjamin keselamatan kita. Nak tahu bagaimana? 

1. Isi Masa Awal Pagi Atau Waktu Sejuk

Waktu panas akan menyebabkan wap yang berlebihan, jadi kalau korang isi minyak masa tengah hari wap akan terkeluar dan sekaligus boleh menyebabkan  kapisiti minyak akan berkurang. Jadi, isi minyak pada suhu sejuk seperti waktu hujan, awal pagi atau malam.

2. Isi Perlahan-Lahan

Kawal picu agar aliran minyak ke tangki jadi perlahan, caranya adalah dengan menarik secara separuh penuh.  Wap yang keluar bersama-sama petrol akan berkurangan

3. Isi Semasa Tangki Separuh Penuh

Pernah tak kalau korang isi minyak masa tangki surut (meter berkelip) ia akan menghasilkan satu bunyi macam kita buka penutup air karbonat? Ia terjadi disebabkan tangki mempunyai ruang udara yang luas dan dipenuhi dengan wap. Jadi, semakin banyak baki minyak dalam tangki, semakin kurang wap akan keluar, korang akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Isi Minyak Gunakan Liter, Jangan Ringgit!

Contoh : Pergi ke kaunter, cakap isi 20 liter. kemudian bayar RM46. Cara ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter  sebab sukatan nozzle akan berbeza.