Kisah Bagaimana Pengasas Airbnb Boleh Jadi jutawan Dengan Menjual Bijirin
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Kisah Bagaimana Pengasas Airbnb Boleh Jadi jutawan Dengan Menjual Bijirin

post by Aisya

by Aisya

Mar 17, 2018
pada 2:39 AM

Korang mesti pernah dengar tentang airbnb kn? Air Bed and Breakfast. Airbnb ini merupakan salah satu website yang sangat dikenali khususnya pada korang yang gemar untuk menempah rumah jenis Guest House.

Guest House merupakan jenis rumah tumpangan yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Terdapat pelbagai jenis kategori penginapan yang disediakan, antaranya ialah sewa seluruh rumah atau hanya sewa bilik peribadi sahaja. So korang boleh pilih ikut kesukaan korang dan juga ikut bajet koranglah kan. 

Apa yang menariknya, Airbnb kini mempunyai lebih daripada 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar yang merangkumi hampir 192 buah negara di seluruh dunia tau. Wahh banyaknya! Tapi, kalau korang nak tahu, kejayaan Airbnb tidak tercapai dengan sekali percubaan. Banyak cabaran dan halangan yang dilalui oleh pengasas-pengasasnya sebelum ia dikenali di seluruh dunia. 

Kisah awal permulaan Airbnb

Ketika tahun 2007 di San Francisco, pengasas Airbnb Brian Chesky dan Joe Gebbia baru sahaja berpindah dari New York. Tanpa pekerjaan,dorang mengalami kesukaran membayar sewa dan mencari jalan untuk mendapatkan wang tunai tambahan.

Ketika itu semua bilik hotel di bandar dah fully book, kerana terdapat persidangan Reka Bentuk Perindustrian tempatan yang menarik ramai pengunjung. Jadi dorang pun gunakan kesempatan tu dengan menubuhkan sebuah laman web yang mudah dengan memaparkan gambar-gambar bilik dorang yang bertingkat di rumah-lengkap dengan tiga tilam udara di atas lantai dan janji sarapan pagi yang dimasak pada waktu pagi.

Hasilnya, dorang pun berjaya mendapatkan tiga orang pelanggan yang membayar $ 80 seorang. Kemudian dorang mula menerima e-mel daripada pelawat web seluruh dunia yang bertanya tentang laman web tersebut. 

Membangunkan Airbnb

Tidak lama kemudian, Brian dan Joe mendapat ahli baru sebagai pengasas bersama iaitu seorang graduan Harvard yang juga arkitek teknikal iaitu Nathan Blecharczyk. Walaupun berjaya pada awalnya, kini dorang menemui jalan buntu kerana selepas tamat persidangan tersebut, dorang tak lagi mempunyai tetamu yang memerlukan tempat tidur. Malah dorang hanya mempunyai 2 orang pengguna berdaftar, dan salah seorang daripadanya adalah Brian sendiri. 

Kemudiannya, dorang pun membuat pelancaran syarikatnya di Southwest Conference & Festivals (SXSW). Itu pun dorang hanya menerima 2 tempahan je. Sangat mengecewakan, namun dorang masih tidak berputus asa. 

Pada tahun 2008, dorang cuba perbaiki webside syarikatnya itu dan dorang melancarkan nya sekali lagi. Namun apa yang sedihnya, ramai yang kata bisnes dorang ni tak dapat bertahan lama sebab orang ramai takut nak menyewakan kerana ia mengundang pelbagai risiko seperti rogol dan merompak. 

Walaubagaimanapun, ketika berlangsungnya Democratic National Convention, dorang telah memperoleh lebih daripada 600 orang yang menggunakan perkhidmatan Airbnb. Namun, kejayaan ini hanya sementara kerana persidangan bukanlah diadakan setiap hari.

Pengasas Airbnb ni terpaksa jual bijirin untuk terus beroperasi 

Tidak pernah ada istilah mengalah sebelum berjuang dalam diri anak muda berhati cekal ini. Apa yang bagusnya, dorang bertiga ni tak pernah berasa malu kerana terpaksa menjual bijirin untuk membayar hutang syarikat.

Maka terhasillah perniagaan menjual bijirin Obama O’s dan Cap’n McCains ketika kempen pilihan raya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga dorang berjaya melunaskan hutang yang tertunggak dan syarikat dorang turut berkembang.

Pelaburan pertama kepada Airbnb

Airbnb menerima pelaburan pertama sebanyak $USD20,000 daripada Y Combinator. Dalam masa yang sama, dorang hanya mampu menjana pendapatan sebanyak $USD200 seminggu.

Dengan pelaburan yang diperolehi tu, dorang membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut untuk ke New York, pasaran terbesar dorang bagi berjumpa pengguna.

Akhirnya dorang menyedari bahawa masalah utama yang menjadi penghalang Airbnb untuk berkembang adalah gambar senarai unit untuk disewa tu tak berkualiti. Jadi, dorang pun membeli sebuah kamera dan pergi dari pintu ke pintu untuk mengambil gambar yang lebih baik untuk setiap unit sewaan.

Usaha tangga kejayaan

Selepas lawatan ke New York, syarikat dorang mula berjaya menarik ramai pengguna dengan imej unit sewaan yang lebih menarik dan meyakinkan. Fokus perniagaan dorang juga beralih daripada sekadar sewaan bilik kepada sewaan seluruh unit untuk pelbagai jenis kediaman. Pada Mac 2009, nama 'AirBedAndBreakfast.com' ditukarkan kepada airbnb.com.  

Pada waktu yang sama, listing penyewa dan pengguna Airbnb juga semakin berganjak. Malah kini statistik telah menunjukkan Airbnb mempunyai lebih daripada 2 juta listing di lebih 33,000 bandar yang merangkumi hampir 192 buah negara kat seluruh dunia! 

Untuk berjaya, bukanlah mudah. Terdapat banyak halangan yang terpaksa dilalui sebelum dapat merasa hasilnya. 

Walau bagaimanapun, kisah pengasas-pengasas Airbnb membangunkan syarikat ni sangatlah berinspirasi. Tanpa sebarang pelabur serta puluhan ribu hutang kad kredit, pengasas-pengasas syarikat ni terpaksa menjual bijirin bagi membolehkan syarikat mereka untuk terus beroperasi.