Korang Introvert? Ni 4 Tips Hilangkan Rasa Gementar & Survive Temuduga Kerja!
# Pengetahuan Interview

Korang Introvert? Ni 4 Tips Hilangkan Rasa Gementar & Survive Temuduga Kerja!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Feb 9, 2019
pada 4:33 PM

Ada syarikat yang hanya memerlukan korang untuk melalui temuduga kerja secara individu. Okay, ini mungkin bukan masalah yang besar buat mereka yang introvert. Tapi bagaimana jika korang perlu melalui temuduga kerja secara berkumpulan pula? Bayangkan diri korang tu dikelilingi oleh calon lain yang semuanya tidak sabar-sabar untuk nak menjawab soalan dan petah berkata-kata. 

Macam mana nak naik sama hebat seperti mereka? Temuduga berseorangan pun korang dah kecut perut inikan pula suruh berdiskusi dengan orang yang tidak dikenali. Kena berlagak seperti korang ni extrovert ke? Ataupun kekal senyap je? Mungkin kena pilih kerusi yang paling hujung sekali, biar penemuduga tidak perasan pun kewujudan korang. 

Sebagai introvert apa yang perlu korang lakukan?

Calon A dah kemukakan kesemua hujah dia dan disambut pula oleh calon B. Masing-masing tidak mahu kalah dan tidak malu untuk bersuara. Ada seorang je calon yang duduk di tepi diam tanpa berkata-kata, orangnya ialah korang. Bila dah habis temuduga baru lah korang menyesali tindakan tadi tapi semuanya sudah terlambat. 

You guys are not alone! Sebenarnya ramai je tau dalam dunia ni yang introvert, bukan korang je. Siapa tahu, mungkin penemuduga pun introvert sebenarnya. Tapi mereka tak nampak ketara kerana mereka pandai menyoroknya. Korang pun boleh macam tu juga dengan gunakan 4 trick ini!

 

1. Lakukan personal connection

Sebagai introvert ni, ramai yang akan berfikiran bahawa korang ni tak friendly dan sombong. Bukan sombong tapi segan nak maintain eye contact dengan orang yang baru dikenali. Perasan tak, kalau korang bercakap dengan introvert mereka elak untuk pandang mata korang lama-lama sebab malu. Tapi kalau korang tak pandang mata mereka apabila bercakap macam mana orang nak bagi tumpuan kan?

Jadi untuk nak elakkan ini berlaku, sebelum korang masuk bilik temuduga tu, apa kata cuba untuk berjumpa calon lain secara bersendirian. Cuba untuk berbual kosong dengan mereka secara santai. Kalau korang masih rasa segan untuk pandang lama-lama, apa kata korang alihkan pandangan ke calon lain pula. Lihat semua orang dalam bilik itu. 

 

2. Ambil masa untuk menjawab soalan

Salah satu masalah buat introvert ni ialah mereka bukan jenis yang boleh terus jawab soalan sepantas kilat. Mereka perlukan masa untuk nak susun ayat apa yang mereka mahu katakan. Jangan gelabah, tidak apa untuk ambil masa. Tidak perlu paksa diri untuk jawab dengan pantas sebab takut nanti semua orang kutuk. Jawab dengan cepat tidak menjamin yang jawapan itu betul. 

Lagipun apabila korang ambil masa untuk nak menyusun ayat, itu menunjukkan yang korang bukan orang yang gelabah dan tidak menyempat. Malah ia menunjukkan yang  korang ada minda yang lebih terperinci daripada calon lain.

 

3. Berkongsi pendapat bukannya menunjuk-nunjuk, ingat tu

Introvert ni seorang yang pemalu tahu tak? Bagi mereka, berkongsi pendapat secara terbuka ni adalah seperti menunjuk-nunjuk kepandaian mereka. Siapa kata berkongsi mengenai pencapaian korang adalah sama seperti berlagak? Jangan malu untuk menceritakan kehebatan korang. Kalau korang tak cakap, nanti penemuduga tak dapat lihat yang korang ni calon yang paling kuat sekali berbanding orang lain.

 

4. Berani untuk tonjolkan sisi introvert korang

Kenapa orang ramai beranggapan yang kita perlu berlagak normal walaupun itu bukan diri kita? Orang cakap kalau korang extrovert, peramah, outgoing dan jenis orang yang happy dan cheerful senang untuk nak tambat hati penemuduga. Yes, memang semua orang suka jika calon ada ciri-ciri yang positif tetapi tidak semuanya.

Buat apa berlakon menjadi seseorang yang bukan diri korang? Katakan korang diterima bekerja,haa sejauh mana lakonan korang tu dapat bertahan? Just be yourself je! Kalau penemuduga tanya apa kelemahan korang, katakan yang korang ni introvert jadi bidang penulisan adalah lebih efektif untuk korang dan korang amat bagus melakukannya. Katakan juga yang korang adalah good listener, jennis suka memerhati secara teliti dan banyak lagi.