Cara & Contoh Ringkas Mohon Kerja Melalui Email | Maukerja
# Pengetahuan Pekerja

Cara & Contoh Ringkas Mohon Kerja Melalui Email | Maukerja

post by Aisya

by Aisya

Jan 12, 2023
pada 6:17 PM

Cara & Contoh Ringkas Mohon Kerja Melalui Email | Maukerja

Cara Minta Kerja Melalui Email Dengan Ringkas

Zaman sekarang kebanyakkan majikan akan membuat pemilihan awal mencari pekerja baru adalah melalui email. Jadi, adalah penting untuk korang mengetahui cara yang betul bagaimana untuk menghantar dan mohon kerja melalui email.

Berikut adalah perkara yang penting yang harus anda ambil perhatian semasa membuat permohonan melalui email:

 

Guna alamat email yang profesional

Korang rasa ada ke company yang nak amik pekerja remp-it?

Pastikan korang tak menggunakan alamat email yang kelihatan bodoh atau tidak profesional macam contoh kat atas ni, dia guna nama remp-it. Korang rasa ada ke company yang nak ambil staff dari golongan rempit ni? Contoh lain ialah akujejakagadis-gadis@yahoo.com. Motif? 

 

Jadi pastikan korang tukar kepada nama sendiri agar lebih profesional contohnya AhmadZahid@gmail.com.

 

Subject Macam Ini!

Subject pastikan tepat dan padat. Jangan membiarkannya kosong. Contoh subject yang baik ialah "Permohonan kerja untuk (nama jawatan yang dipohon)". Ini kerana syarikat menerima beratus email dalam sehari. Jadi dengan menulis tujuan email, korang membantu majikan mengetahui tujuan e-mail tersebut dihantar kepada mereka.

Format Resume dan lain-lain dokumen

Pastikan korang menggunakan format PDF dalam semua dokumen yang di berikan kecuali kalau telah diberitahu oleh majikan untuk menggunakan format-format tertentu. Namakan semua dokumen yang dihantar dengan seragam contohnya AhmadSulaimanResume.pdf, AhmadSulaimanSijil.pdf dan lain-lain.

Elak Kesalahan Ejaan

Pastikan korang membaca sekali lagi apa yang dah ditulis. Periksa segala ejaan dan pastikan semua dokumen dalam keadaan yang baik sebelum menghantarkan permohonan korang tu.

Body Message

Apabila korang membuat permohonan melalui email, korang boleh terus menulis cover letter dibahagian body email.

Semoga tips ni boleh memberikan korang sedikit sebanyak tentang bagaimanakan cara yang betul untuk membuat permohonan melalui email. Jangan lupa kongsikan dekat kawan-kwan korang sekali. Moga ianya bermanfaat! Extra Point Untuk Korang kt bawah!



Permohonan Kerja Melalui Email: Langkah-Langkah yang Perlu Anda Tahu

Email merupakan salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk memohon kerja. Namun, untuk membuat permohonan kerja yang baik dan berkesan melalui email, anda perlu memastikan bahawa ia ringkas, jelas dan profesional. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk membuat permohonan kerja melalui email:

  1. Pastikan anda memahami syarat-syarat jawatan yang ditawarkan: Sebelum menghantar permohonan kerja, pastikan anda memahami syarat-syarat jawatan yang ditawarkan. Ini akan memastikan bahawa anda dapat menyatakan kemahiran dan kebolehan anda yang sesuai dengan jawatan tersebut.
  2. Buat subjek email yang jelas: Subjek email anda harus jelas dan menggambarkan isi dalam email anda. Contohnya, "Permohonan Kerja Sebagai Pemandu Lori"
  3. Buat pembuka yang baik: Pembuka email anda harus menyatakan tujuan anda menulis email tersebut. Contohnya, "Saya ingin mengajukan diri untuk kerja sebagai pemandu lori di syarikat anda."
  4. Sertakan maklumat diri anda: Sertakan maklumat diri anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan emel dalam email anda. Jangan lupa untuk menyertakan resume atau CV anda dalam email.
  5. Sertakan pengalaman kerja anda: Sertakan pengalaman kerja anda yang relevan dengan jawatan yang anda mohon. Pastikan anda menyatakan kemahiran dan kebolehan anda yang sesuai dengan jawatan tersebut.
  6. Tutup dengan ucapan terima kasih: Tutup email anda dengan ucapan terima kasih dan harap kerja diterima. Contohnya, "Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca permohonan kerja saya. Saya berharap dapat dipertimbangkan untuk jawatan tersebut."
  7. Periksa ejaan dan tatabahasa : sebelum menghantar email pastikan anda sudah mengecek ejaan dan tatabahasa, ini akan menunjukkan kepada pihak syarikat bahawa anda serius dan berminat dalam jawatan tersebut.