Nak Berjimat Tapi Perlukan Hiburan Dan Riadah? Jom Ikuti Tips Ini
# Gaya Hidup

Nak Berjimat Tapi Perlukan Hiburan Dan Riadah? Jom Ikuti Tips Ini

post by Aisya

by Aisya

Feb 19, 2018
pada 7:32 AM

Zaman ekonomi yang tengah mencabar ni, kalau boleh semua benda korang nak saving kan? Nak cut apa-apa yang tak patut agar tak membazir. Jadi kali ni kitorang cuba bagi tips untuk korang yang nak berjimat berbelanja untuk hiburan dan riadah.

Perlu ke langganan rancangan TV? 

Adakah korang rasa korang perlu langgan rancangan TV seperti Astro/Netflix/IFLIX? Tapi pernah tak korang kira berapa kali korang tengok rancangan TV tersebut? So berbalaoi ke? 

  • Hari kerja - Selepas solat isyak. Pukul 8.30pm – 10pm. (1.5 jam je).
  • Hari Sabtu - Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 1am) = 12 jam je.
  • Hari Ahad - Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 10pm) = 9 jam je.

Seminggu korang cuma ada 22.5 jam je untuk rancangan TV. Sebulan pulak cuma ada 90 jam je untuk rancangan TV bersamaan dengan 3.75 hari.

Berdasarkan kiraan kat atas, sekarang ni kita lihat pulak berapa caj langganan sebulan dan nilai harian yang korang dapat untuk servis hiburan ni:

  • Astro (Pek Melayu) – RM 56.08 (RM 14.90 sehari)
  • Astro (Superpek Sukan) – RM 154.76 (RM 41.30 sehari)
  • Netflix – RM 33 (RM 8.80 sehari)
  • iFlix – RM 10 (RM 2.66 sehari)

Jadi, korang rasa korang boleh jimat lagi tak?

Ada banyak je rancangan free

Kita ada je rancangan TV yang free, tak perlu bayar pun macam TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7, 8TV dan  Al-Hijrah. 

Selain tu, korang juga boleh tengok cerita kat Tonton.com.my. Ataupun kalau korang nak juga tengok Astro On The Go, apa kata korang cuba tanya kawan-kawan yang ada Astro, dan pinjam atau sewa murah-murah untuk guna akaun Astro dorang. Satu akaun Astro On The Go boleh digunakan maksimum pada dua device. Jimat, kan.

Korang tahu tak Android Box? Haa korang boleh install KODI & beberapa app untuk tengok rancangan TV local & international tau. Boleh Google cari apa apps nak install. Yang penting, perlu ada UNLIMITED DATA UNIFI.

Dan yang terakhir sekali ialah, korang boleh tengok pelbagai rancangan TV Melayu dan English di internet terus. Cuma kena pandai cari website. Tengok di Youtube pun boleh.

Jadi berdasarkan apa yang kitorang nyatakan kat atas ni, adakah korang rasa korang perlu bayar untuk tengok rancangan TV selama 3.75 hari sahaja dari 30 hari sebulan? Jom tengok berapa anda boleh jimat setahun kalau anda batalkan servis-servis ini:

  • Astro (Pek Melayu) – Jimat RM 672.96!
  • Astro (Superpek Sukan) – Jimat RM 1,857.12!
  • Netflix – Jimat RM 396!
  • iFlix – Jimat RM 120!

Pilih tempat yang tak perlu keluar duit 

Adakah korang perlu keluar tonton wayang setiap minggu?

Tiket wayang - RM 15. RM 15 x 4 kali seminggu x 12 bulan = Jimat RM 720!

Korang jugak boleh elakkan pergi ke gym yang mengenakan bayaran keahlian bulanan kalau korang hanya pergi sekali dua sahaja dalam seminggu. Adalah lebih baik pilih gym yang caj per entry.

Release stress di shopping mall? Apa kata lepas ni korang tukar je ke tempat yang lebih tenang dan tak banyak keluar duit seperti taman tasik, perpustakaan atau memancing. Cuba pilih hobi atau venue baru yang tidak perlukan kos yang tinggi atau zero kos.