Nak Buat Apa Lepas Habis SPM? Mazda Tawarkan Latihan Percuma Yang Dijamin Akan Dapat Kerja!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Nak Buat Apa Lepas Habis SPM? Mazda Tawarkan Latihan Percuma Yang Dijamin Akan Dapat Kerja!

post by Aisya

by Aisya

Apr 8, 2017
pada 6:01 PM

Anda hanya mempunyai Sijil SPM atau baru sahaja menamatkan SPM dan berkobar-kobar mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti tetapi harus membatalkan niat kerana tiada wang untuk membiaya pengajian beribu-ribu mahalnya? Tiada pilihan lain, anda terpaksa bekerja kerana tidak mahu membebankan ibu bapa mengeluarkan wang.

Sabar dahulu, jangan terburu-buru lakukan kesilapan besar! Bermaz Motor Trading Sdn Bhd ada tawaran menarik untuk menghentikan kegelisahan anda itu.

 

> Klik sini untuk mohon: Apprenticeship Program Mazda <

 

Sertai Mazda Apprenticeship Program (MAP) secara percuma!

Mazda Apprenticeship Program (MAP) merupakan satu Program yang ditawarkan melalui penajaan sepenuhnya kepada para pelajar lepasan SPM/SPMV yang berminat di dalam bidang automotif. Program ini ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia bagi Kursus Mekanik Kenderaan Motor Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 1-3), Diploma yang diiktiraf oleh Institute of The Motor Industry (IMI), United Kingdom dan kelayakan daripada Japan (Mazda Master Tahap F). 

 

Tempoh Program & Peluang Pekerjaan:

Tempoh bagi Program ini adalah 2 Tahun Latihan + 3 Tahun Kontrak Bekerja dengan mana-mana syarikat di bawah Kumpulan Bermaz Motor. Calon yang terpilih dan berjaya menamatkan Program ini dengan cemerlang, akan dijamin pekerjaan oleh pihak Syarikat dengan pakej insentif yang menarik. Anda akan diberikan elaun bulanan RM 500-RM600

 

Kriteria Kelayakan untuk Memohon:

  • Minimun SPM/SPMV dan lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  • Warganegara berumur tidak melebihi 20 tahun (18-20)
  • Calon wanita digalakkan untuk memohon
     

Manfaat tambahan

  • Perubatan Pesakit Luar dan Insurans Peribadi
  • Elaun bulanan disediakan
  • Makanan tengahari disediakan
  • Pakaian seragam disediakan

Cara Memohon:

Berminat untuk mengikuti latihan secara percuma ini dan seterusnya  dijamin mendapat kerjaya? Anda semua yang berminat boleh mohon tawaran menarik ini dengan hanya klik di pautan ini

> Klik sini untuk mohon: Apprenticeship Program Mazda <