Nak Minum Starbucks Tapi Kurang Bajet? Ini 5 'Hacks' Beli Starbucks Yang Boleh Jimatkan Duit!
# Gaya Hidup

Nak Minum Starbucks Tapi Kurang Bajet? Ini 5 'Hacks' Beli Starbucks Yang Boleh Jimatkan Duit!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 20, 2018
pada 2:12 AM

Orang kata, kenapa nak bayar mahal-mahal untuk secawan minuman? Rasa macam tak berbaloi pulak, lainlah kalau makanan kan. Tapi tak salah rasanya kalau sesekali nak mencuba minuman mahal kalaiu rasanya pun sedap. Contohnya seperti minuman di Starbucks.

Admin yakin mesti ramai yang teringin nak minum di sini dengan lebih kerap tetapi bila tengok harga, hmm tak jadilah. Korang tahu tak sebenarnya ada cara kalau korang nak beli minuman Starbucks pada harga murah? 

 

#1 Jadi kreatif!

Order ice coffee (tambah susu dan flavour syrup pilihan). Antara pilihan yang boleh dipilih (bergantung kepada lokasi):

  • Caramel
  • Sugar-free caramel
  • Hazelnut
  • Sugar-free hazelnut
  • Cinnamon dolce
  • Sugar-free cinnamon dolce
  • Vanilla
  • Sugar-free vanilla
  • Peppermint
  • Raspberry
  • Toffee nut

Minuman ni adalah antara minuman yang menawarkan harga yang murah tau! Kalau korang nak tengok lagi 'resepi' lain, boleh refer idea di sini >>> IDEA MINUMAN STARBUCKS.

 

#2 Bawa tumblr sendiri

Korang tahu tak kalau korang bawa tumblr sendiri, korang ada dapat diskaun sebanyak RM2 untuk apa-apa jenis minuman pun. Haa kan dah jimat!

 

#3 Daftar Starbucks Card

Lagi satu cara nak dapat banyak promo daripada Starbucks adalah dengan register Starbucks Card. Starbucks memang selalu buat promo tau. Kalau korang ada card ni, lagi untung! Kalau tak percaya, cubalah register. Sebab tulah kalau korang perasan, kebanyakan yang beli Starbucks ni semuanya dah jadi member sebenarnya. Diorang dapat beli harga murah!

 

#4 Follow Official Account Starbucks

Kalau korang nak selalu update tentang promo Starbucks, pergi follow official account Starbucks sekarang. 

Contoh promo yang pernah Stabucks buat. Half price weh!

Siapa kata tak boleh beli Starbucks harga bawah RM10?

 

#5 Kongsi dengan member!

Lagi satu cara adalah dengan kongsi dengan member! Korang tahu tak kenapa akak-akak office selalu beli Starbucks ni banyak-banyak? Sebab kadang-kadang Starbucks buat promo, beli satu percuma satu. So, bolehlah bahagi dua!

 

Sumber oleh: Popsugar / Evanstinger

 


 

Starbucks Sedang Mencari Staff! Jom Mohon Di Sini!

>>> Pendapatan Masyuk Sehingga RM1,600 <<<

 

1. Barista ( Desa Sri Hartamas)

>>> MOHON TERUS DI SINI <<<

 

2. Barista (Petronas Karak)

>>> MOHON TERUS DI SINI <<<

 

3. Barista (Desa Park City)

>>> MOHON TERUS DI SINI <<<

 

4. Barista (Desa Sri Hartamas)

>>> MOHON TERUS DI SINI <<<

 

5. Barista (Seri Austin, Johor)

>>> MOHON TERUS DI SINI <<<