Nak Tahu Kenapa Suara Kita Jadi Lain Bila Dengar Balik Dari Rakaman? Ini Penjelasan Lebih Telus
# Gaya Hidup

Nak Tahu Kenapa Suara Kita Jadi Lain Bila Dengar Balik Dari Rakaman? Ini Penjelasan Lebih Telus

post by Izuan

by Izuan

Aug 31, 2021
pada 7:09 AM

Nak Tahu Kenapa Suara Kita Jadi Lain Bila Dengar Balik Dari Rakaman? Ini Penjelasan Lebih Telus

Pernah tak kalau korang masa karaokea korang nyanyi rasa suara tu macam sedap sangat, tapi bila dengar balik kat handphone rasa macam malu je kat diri sendiri. Hahahaha! Mesti ada kan? Kami pun kadang-kadang macam tu. Huhu!

Untuk pengetahuan korang, bila kita dengar suara kita melalui peranti rakaman, gelombang suara yang keluar daripada speaker ke telinga itu mengalir melalui udara. Itu sebab lah kita dengar suara kita sedikit lain berbanding dengan bagaimana kita dengar sewaktu kita sedang berkomunikasi.

Tapi, mana satu suara kita yang sebenar eh? Suara dalam rakaman ke masa kita tengah bercakap?  Meh tengok sini dulu.

Semasa kita mendengar suara kita masa bercakap, kita mendengar melalui dua cara yang berbeza iaitu cara luaran dan dalaman. Mula-mula korang akan dengar bunyi yang keluar dari mulut korang dan pada masa yang sama korang juga mendengar sesuatu yang datang daripada getaran yang dihasilkan oleh pita suara dimana ia akan mengalir melalui kepala kita.

Faktor tulang dalam tubuh badan kita juga cenderung membantu menghasilkan getaran yang berfrekuensi rendah, sebab itulah kita dengar suara kita  seolah-olah lebih tenggelam sewaktu kita bercakap berbanding dengan rakaman.

Kesimpulannya, suara kita yang sebenar adalah ketika dalam rakaman. Macam mana korang dengar dalam peranti macam itu lah orang lain dengar suara korang.

Tips Nak Tahu Suara Sebenar Kita Secara Langsung :

Selain daripada rakaman suara melalui peranti, korang hanya perlu tutup telinga kiri dan cakap. Macam tu lah suara korang, kalau tak puas hati baru rakam. Jangan risau lah kalau korang dengar macam pelik atau kelakar. Sebagai orang lain dah terbiasa dah. Hehehe!!

Lepas ni kalau nak gelakkan suara orang nyanyi atau bercakap, tutup dulu telinga kiri. Ouch!