Nak Tegur Rakan Sekerja Tapi Risau 'Sentap?' Cuba Praktikkan 4 Tips Ni
# Gaya Hidup

Nak Tegur Rakan Sekerja Tapi Risau 'Sentap?' Cuba Praktikkan 4 Tips Ni

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 18, 2018
pada 8:06 AM

Korang mesti menghadapi masalah bila nak tegur orang di tempat kerja. Selalu tersilap langkah ketika menegur yang boleh buat diorang tersinggung kan? 

Dalam dunia ni ada yang boleh menerima teguran ada yang membangkang orang je kerja dia. Tapi tu semuannya tergantung kepada cara kita menegurnya, betul tak? Tapi kalau tersilap langkah mulalah rasa tak tenang, hilang kawan, ada musuh dan disisihkan yang boleh membuatkan rasa tak tenang apabila bekerja. 

Jadi nak tahu macam mana cara menegur dengan baik, meh tengok tips-tips yang korang boleh praktikkan:

1. Perhatikan Mood

Sebelum tegur, korang kenalah tengok mood dia dulu ok ke tak? Kena pastikan dirinya dalam keadaan tenang, tidak sedih atau terlalu germbira. Korang juga dinasihatkan tidak menegur mereka ketika mereka sedang gembira, silap hari bulan moodnya boleh berubah sekelip mata.

Mengkritik atau menegur kesilapan orang tidak semudah disangka tau! Jangan sesekali menegur seseorang bila dia dalam keadaan yang tidak okay, confirm korang akan terkena tempias. Nak menegur orang pun adanya, walau dengan kenalan rapat korang. Jangan main terjah je tau!

2. Mula Dengan Pujian

Kalau korang nak tahu, manusia memang suka dipuji, sebab tu sebelum memberi teguran korang kenalah beri sedikit puji-pujian. Tapi salah satu tabiat kita ni ialah kita menghargai pujian tetapi bersikap negatif berkenaan soal kritikan atau teguran. Betul tak?

Dengan pujian juga boleh meningkatkan motivasi diri tetapi tak ke mana jika ia hanya sekadar separuh masak atau di paksa. Namun, biarlah pujian yang korang beri tu berasas dan ikhlas ok bukannya menyindir. Dan berpada-pada dengan dan kena dengan tempat juga!

3. Kena Ada Penyelesaian

Dah tegur kenalah ada penyelesaian kan. Janganlah tahu menegur kesilapan orang semata-mata tapi korang tak ada apa-apa cadangan untuk settle hal korang tu. Nampak macam tergantung kan? 

Jadi, korang tenguran tanpa penyelesaian ni boleh diangga sebagai kritikan tidak berasas atau bahasa mudahnya 'kondem'

4. Tak Ada Orang Sekeliling

Nak tegur tu boleh tapi korang kenalah pastikan tegur ketika dia berseorangan.  Jangan menegurnya di hadapan orang ramai khususnya sewaktu dia bersama teman-teman rapat. Jika di tempat awam pula tentukan suasananya tidak terlalu bising atau sesak dengan orang ramai. Barulah tegur ye.

Jika korang rasakan teguran tersebut ada asas, maka ambil dan tambahbaik kualiti kerja atau perhubungan korang. Tetapi jika tiada asas dan niat sekadar menyakitkan hati, buat tak tahu je.