Nak Tukar Bidang Kerja Tapi Tak Berani? Pastikan 4 Perkara Ini Dah Ada Dalam Tangan!
# Pengetahuan Interview

Nak Tukar Bidang Kerja Tapi Tak Berani? Pastikan 4 Perkara Ini Dah Ada Dalam Tangan!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 17, 2018
pada 3:04 AM

Zaman sekarang ni dah ramai dah yang keluar bidang daripada bidang asal asalkan diterima bekerja. Kekurangan peluang kerja di pasaran merupakan faktor besar kenapa berlakunya kejadian sebegini. 

Belajar pendidikan tak semestinya jadi cikgu

Belajar perubatan tak semestinya jadi doktor

Belajar akaun tak semestinya jadi akauntan

Masalahnya sekarang, bagaimana kita nak yakinkan bakal majikan yang kita sebenarnya sesuai dan layak untuk pegang jawatan tersebut walaupun ia luar dari bidang kita? Amalkan 4 points ni bila korang nak mohon kerja nanti:

1. Buat research tentang skop kerja tersebut

Sekiranya kita dari bidang pendidikan dan ingin beralih untuk menjadi seorang penulis portal misalnya, pastikan korang kaji betul-betul skop kerja tersebut. Jangan main agak-agak je. 'Alah, senang je kerja jadi penulis ni. Tulis jelah, bukan senang pun.' Kalau korang ada sikap macam ni, batalkan jelah niat korang nak bertukar bidang tu. 

Sentiasa terapkan dalam diri yang semua kerja ada susah senangnya. Sebab itulah ia dinamakan kerja. 

Contoh: Kalau nak mohon kerja penulis, ambil tahu kriteria-kriteria yang diperlukan, apa skil yang patut ada, kalau nak tulis artikel berunsurkan advertising macamana, nak tulis artikel santai macamana dan sebagainya.

2. Sesuaikan resume dengan kerja yang ingin dimohon

Kalau korang nak mohon kerja sebagai designer, takkan korang nak hantar resume format formal yang senang-senang boleh didapati di internet, kan? Dari penulisan resume pun dah boleh tahu dah sama ada kita serious atau tak nakkan kerja tu. Keyword paling penting kat sini adalah sesuaikan resume dengan jenis kerja yang kita nak mohon nanti.

Contoh: 

Resume formal biasa

Resume bentuk kreatif

3. Guna Cover Letter Untuk Jelaskan Situasi

Kalau dah tulis resume yang bagus, jangan pulak korang buat cover letter sambil lewa je. Ramai yang ingat cover letter ni sekadar untuk melengkapi resume je sebenarnya. Salah tu. Dengan cover letter ni lah satu-satunya cara untuk beri penjelasan dan yakinkan bakal majikan yang korang memang boleh dan mampu untuk pikul tugasan kerja tu walaupun takde pengalaman.

Contoh: Walaupun saya merupakan graduan bidang pemasaran, tetapi saya turut pelajari tentang cara-cara penulisan berkesan dan betul bagi sesuatu artikel. Di sini saya lampirkan bersama-sama contoh artikel yang pernah ditulis sewaktu di universiti dulu.

4. Sediakan jawapan paling 'strong' kenapa nak tukar bidang?

Korang memang kena expect yang soalan ni memang bakal ditanya masa interview nanti. Logiklah, kalau korang interviewer pun korang mesti nak tahu kenapa dari bidang A terus lompat ke bidang B. 

Sekiranya korang memang betul-betul dah tak boleh 'go' dengan bidang lama, bagitahu sejujurnya apa yang korang rasa. Interviewer pun manusia biasa jugak. Dah kalau korang tak minat dengan bidang dulu, takkan korang nak bertahan je kat situ, kan?

Tapi kalau korang betul-betul nak tukar bidang, korang kena fahamlah yang itu bukan kerja senang. Apa-apapun, memang kena yakinkan bakal majikan tu betul-betul. 

Bagaimana pulak nak yakinkan bakal majikan, ye? 

Contoh: Dulu saya kerja dalam bidang pemasaran. Tapi setelah 3 tahun bekerja dalam bidang yang sama, saya dapati yang jiwa saya bukan di situ. Saya lebih suka dengan bidang penulisan sebab kerja pemasaran pun ada menyentuh bab-bab penulisan seperti copy writing, promote iklan dan sebagainya. Saya turut lampirkan bersama-sama hasil kerja saya untuk rujukan tuan. 

Nampak kan corak jawapan yang korang boleh jadikan sebagai jawapan? Pastikan setiap penerangan korang tu disulami dengan contoh yang logik dan terperinci. Kalau korang sekadar jawab sebab minat je, memang tak strong langsung jawapan tu. Kena huraikan kenapa korang betul-betul minat, apa bukti yang korang minat. Buat bersungguh-sungguh, itu yang penting!

Kesimpulannya, bukan mudah nak lompat dari satu bidang ke satu bidang yang lain. Tapi tak mustahil. Asalkan niat korang tu betul, mungkin ada peluang cerah untuk korang nanti. Jangan berhenti mencuba tau!