''Nama 'Simple' Pun Salah Eja!'' - Ini Sebab Kenapa Barista Starbucks Tulis Nama Korang Salah
# Gaya Hidup

''Nama 'Simple' Pun Salah Eja!'' - Ini Sebab Kenapa Barista Starbucks Tulis Nama Korang Salah

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 19, 2020
pada 12:42 PM

Siapa yang memang 'hantu Starbucks' tu mesti boleh relate dengan tajuk ni kan? Dalam beberapa kali korang order minuman tu, mesti Barista pernah ada tersalah eja nama korang kan? Lagi pelik bila nama korang tu simple pun boleh salah! 

 

 

 

 

 

Jadi korang rasa- rasa, barista memang tak sengaja tersalah eja ataupun mereka memang sengaja buat macam tu? Haa bagi yang tertanya-tanya tu, jawapannya adalah ya, memang disengajakan. Menurut Starbucks sendiri, ia merupakan sebahagian taktik pemasaran dan promosi mereka. 

Sebagai contoh yang ditunjukkan di atas ni, bila pelanggan tengok nama mereka salah dieja, terus dimuatnaik di media sosial. Itulah tujuannya! Memang genius weh!

 

Tonton Penjelasan Lanjut Di Sini