Nampak Kucing Atau Anjing? Kedua-Duanya Akan Jelaskan Korang Ni Macam Mana Orangnya!
# Gaya Hidup

Nampak Kucing Atau Anjing? Kedua-Duanya Akan Jelaskan Korang Ni Macam Mana Orangnya!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 18, 2019
pada 10:30 AM

Percaya ataupun tak, apa yang kita nampak sebenarnya mempengaruhi personaliti diri yang ada dalam diri kita. Samalah seperti situasi di mana jika kita berfikiran positif, maka positiflah hasilnya. Jika sebaliknya, maka itulah yang akan terjadi. Pendek kata, apa yang kita fikir dapat dilihat melalui hasilnya.

Samalah seperti gambar ini. Setiap daripada kita mempunyai pandang berbeza tentang gambar ini. Ada yang nampak kucing lebih jelas, tetapi ada juga yang nampak anjing terlebih dulu. Jangan terkejut kalau ada yang tak boleh nampak salah satu haiwan ini! 

 

Jadi, apa yang korang nampak dulu?

Kucing atau anjing?

 

 

JAWAPAN

1. Kucing


Korang merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa bertekad dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin ada orang menganggap yang korang ni seorang yang ego, tetapi sebenarnya tak pun. Korang memang suka menjadi diri sendiri. Korang juga seorang yang sangat berdikari dan jarang mengharapkan bantuan orang lain. Apa yang lebih mengagumkan, korang tak senang menyerah kalah!

 

2. Anjing

 

Korang seorang yang sangat setia, bertanggungjawab dan tenang je orangnya. Disebabkan itu, korang sangat mementingkan keluarga. Apa-apa pun, family comes first. Korang selalu nampak perkara-perkara baik saja dalam setiap situasi. Kamu juga sangat percayakan persahabatan dan cinta sejati.
 

 

Betul tak penjelasan yang diberikan?

Memang tepat dengan diri korang tak? Hehe.