Niat Majikan Ini Mahu 'Uji' Calon Mengundang Padah
# Trending Semasa

Niat Majikan Ini Mahu 'Uji' Calon Mengundang Padah

post by Izuan

by Izuan

Feb 19, 2018
pada 11:54 AM

Ekoran dengan mesej majikan ajak seks dengan calon yang viral semalam, majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dilempar pelbagai tohmahan daripada netizen lebih-lebih lagi dengan imejnya yang bersongkok. Hari ini majikan tersebut tampil memberi keterangan kepada Mstar Online, mengenai situasi tersebut

Menurutnya, beliau telah meminta maaf kepada wanita itu dan mengakui silapnya melakukan tindakan sedemikian. Rupa-rupanya mesej yang disebarkan itu hanya 'separuh jalan' dan keterangannya diabaikan.

Tambahnya, dia terpaksa melakukan taktik sedemikian dengan niat untuk menguji calon rentetan dengan rasa 'tawar hati' sebab sering dikhianati oleh pekerja sendiri. Jadi, ikuti penjelasan majikan dikenali sebagai Zul ini.

“Kalau betul saya macam tu, awal-awal lagi saya keluarkan gambar dalam WhatsApp,”

“Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu.Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,Kalau betul saya macam tu, awal-awal lagi saya keluarkan gambar dalam WhatsApp,”

Zul sedang mencari kerani untuk bengkelnya, dan dia dihubungi oleh wanita tersebut. Seperti kita dapat lihat pada mesej diatas, ia adalah bagi pihak si calon namun mesej itu tidak dtunjukkan semua.

Mula-mula memang rasa was-was, namun ada betulnya juga kata Zul ini, takkanlah dia berani tayang gambar bersongkok kalau ada niat buruk, malah jika diamati, pada awal perbualan tersebut Zul ada terangkan "lelaki boleh perempuan pun ok".

Hmmm, makin percaya ini hanyalah ujian apabila dia buktikan dengan sambungan perbualan tersebut.

“Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi.."

 

“Pertama kali dalam hidup saya ‘siasat' bakal pekerja dengan cara macam ni. Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi.

Saya sudah minta maaf, cuma saya terfikir apa motif dia tak viralkan sepenuhnya mesej perbualan kami. Mungkin kalau dia viralkan semua, ada netizen yang dapat faham kenapa saya buat macam tu berbanding semua orang terus hentam saya tanpa tahu situasi sebenar,” 

Dikhabarkan, isteri Zul sampai lari rumah akibat tindakannya yang jadi viral, namun kemabli pulih apabila menceritakan hal sebenar. Bahkan beliau banyak menerima panggilan dan mesej makian terhadap insiden tersebut.

Kesimpulan

Sebagai majikan, kami faham dengan situasi yang dialami oleh Zul, memang ramai pekerja yang suka ambil kesempatan terhadap majikan. Jobseeker bukan sahaja susah nak cari kerja, malah majikan pula susah mencari pekerja yang jujur.

Namun begitu, tindakannya ini boleh dianggap melanggar etika kerana ia agak keterlaluan. Bermacam-macam cara lain yang boleh diuji denganc ara ang lebih professional. Harap apa yang terjadi dapat mematangkan lagi Zul dalam pemilihan pekerja.