Search

Kategori

    Nota Untuk Majikan: 15 Sebab Mengapa Pekerja Fed Up Dan Berhenti Kerja Macam Itu Je

    Aisya
    by Aisya
    Aug 01, 2016

    Pekerja yang berhenti kerja bukan suka-suka tau. Tak ada nya tiba-tiba mereka bangun pagi dan terus buat keputusan untuk nak berhenti kerja tanpa sebab. Sebab lumrah manusia akan fikirkan dahulu segala tanggungjawab yang perlu dijalankan dan yang paling biasa bil-bil yang masuk bila dah sampai hujung bulan. Duit kereta, sewa rumah, bil telefon, bil elektrik, bil ASTRO macam-macam lah. 

    Dengan keadaan ekonomi yang mencabar ini, susahnya nak cari kerja dan senangnya nak berhenti. Ada beberapa sebab mengapa para pekerja berhenti kerja dan yang sebab paling utama adalah majikan. Nampak tak bagaimana majikan ni mainkan peranan penting dalam alam pekerja. Tak boleh sewenang-wenangnya duduk bersila dalam bilik je, ada bermacam perkara yang perlu diteliti dan nak jaga bukan 1-2 tetapi beratus pekerja. 

    Dalam beratus-ratus alasan mengapa pekerja berhenti kerja, ini adalah 25 alasan paling biasa yang akan didengari daripada mereka:

    1. Kerja kuat tetapi tak setimpal dengan gaji

    Gaji yang diterima sedikit berbanding dengan kerja yang dibuat. Ini adalah isu yang biasa didengari daripada para fresh graduates. Ada yang mengatakan " biasalah, ini lah lumrah kerja, gaji permulaan tak setimpal dengan kerja yang kena buat." Tapi sebenarnya itu sudah dikira underpaid okay.

    Mereka ambil kesempatan atas korang. Makin lama kalau begini lah, sampaikan balik lewat malam, hujung minggu pun perlu bekerja tetapi gaji yang diterima sedikit sahaja, boleh menyebabkan pekerja ambil keputusan untuk berhenti. Siapa yang dapat bertahan bekerja berhempas-pulas dan walaupun sudah beberapa tahun berlalu gaji masih lagi ditahap permulaan. Sedangkan pekerja baru yang masuk pun ditawarkan gaji lebih lagi daripada anda.

    2. Sering dibanding-bandingkan

    Penilaian biasanya akan berlangsung selama tempoh percubaan dan itu bergantung pada company itu sendiri kerana ada yang selama 3 bulan dan ada juga selama 6 bulan. Dalam tempoh ini memang layak lah korang dibuat penilaian daripada bos besar tetapi masalahnya di sini, walaupun sudah lama bekerja majikan masih lagi suka membanding-bandingkan prestasi kerja korang dengan pekerja lain. 

    Paling teruk apabila majikan sampai buat carta kedudukan setiap pekerjanya dalam bentuk ranking. Sering kali memerli pekerjanya yang kurang memuaskan dan bandingkan dengan pekerja lain secara terbuka. Majikan yang sebagusnya, akan berhadapan dengan pekerja tersebut dan bincangkan apa yang mereka berdua boleh ubahkan.

    3. Terikat dengan peraturan, dasar-dasar serta birokrasi syarikat

    Apa yang paling melecehkan pekerja adalah apabila syarikat terdapat terlampau banyak peraturan-peraturan yang tidak masuk akal, dasar-dasar serta sistme birokrasi yang terlampau kuat. Segala yang mahu dilakukan mesti rujuk semula kepada dasar-dasar syarikat. Dan segala yang mahu dibuat memerlukan beberapa hari untuk dibincangkan dan diberi kata putus.

    Perkara sebegini akan merungsingkan pekerja walaupun sebenarnya perlu ada  peraturan semuanya dalam syarikat. Tambah memeningkan apabila sistem birokrasinya. Bukan semua perkara boleh diuruskan dengan sesetengah pihak. Ada perkara yang pperlu dirujuk pada orang atasan tetapi masa yang diambil hanya untuk buat temujanji juga sudah makan masa.

    Pekerja berasakan tidak bebas dan terikat dalam syarikat tersebut. Tiada ruang untuk mereka membuat kata putus sendiri.

    4. Tiada haluan untuk memajukan kerjaya

    Impian utama pekerja apabila memasuki alam pekerjaan ini sudah semestinya  untuk mencari peluang memajukan diri dan kerjaya. Tak kan lah mahu kekal di jawatan yang sama sampai ke tua bukan? Perlunya untuk memajukan diri selepas beberapa tahun. Apa yang mereka mahukan adalah peluang yang terbuka diberikan oleh majikan. 

    Okay, pelan ini adalah untuk jangka masa panjang, dan bukannya selepas sebulan dua terus mengharapkan kenaikkan pangkat. Jika selepas beberapa tempoh, majikan masih lagi senyap dan jawatan tertinggi yang terbuka diberikan kepada pekerja baru, seakan masa depan mereka dalam kerjaya tidak terbuka. 

    5. Orang atasan tidak berpengalaman dan tidak percaya pada pekerjanya

    Sesebuah organisasi kalau mahu berkembang memerlukan orang atasan yang berpengalaman dan ilmu yang penuh di dada. Bagaimana mahu menjaga dan mengarahkan pekerja jika tiada pengalaman yang mencukupi. Majikan perlu tahu, pekerja-pekerja sekarang ni ramai yang berpengalaman luas dan boleh mengatasi majikan sendiri. Jika segala keputusan pun majikan tak boleh buat bagaimana mahu dapatkan kepercayaan pekerja. 

    Hal yang lagi penting adalah apabila majikan tidak percaya pada pekerjanya sendiri. Setiap kerja yang diberikan, mereka akan pantau sepanjang masa dan sering kali bertanyakan bagaimana kemajuan kerja itu. Pekerja rasa rimas dan seperti kelayakannya tidak digunakan dalam kerja yang dilakukan. Anda ambil mereka bekerja disebabkan kelayakan dan atas dasar percaya bukan? Jadi letakkan kepercayaan atas mereka.

    6. Sering dikritik dan jarang diberi pujian

    Ini perkara yang boleh menjatuhkan motivasi pekerja. Apabila melakukan sebarang kesalah, cepat sahaja majikan akan kritik dan marah tetapi apabila mereka buat sesuatu yang bagus tiada pula pujian diberikan. Majikan hanya nampak perkara negatif sahaja dan bukan positif. Perkara ini makin lama akan membuatkan pekerja kurangnya motivasai untuk bekerja dan timbul perasaan seakan tidak diperlukan khidmat di company itu.

    7. Langsung tidak libatkan mereka dalam sebarang pelan organisasi

    Sebuah organisasi itu mempunyai majikan serta pekerja. Kesemua pihak sepatutnya terelibat sama dalam sebarang pelan yang diambil oleh company. Ini tidak, sehinggakan office mahu berubah tempat pun langsung tidak dimaklumkan kepada pekerja. Pekerja juga mahu memikirkan tentang rumah mereka adakah jauh daripada office baru, pengangkutan dan amatlah tidak boleh diterima jika kesemua pekerja tidak masuk campur dalam keputusan yang dibuat.

    8. Pekerja yang tidak bagus dapat kenaikkan pangkat sedangkan ada yang lebih bagus

    Isu sebegini berkait-rapat dengan sikap suka membodek majikan ni. Sepatutnya keputusan untuk kenaikkan pangkat dan gaji semuanya dilakukan atas dasar prestasi kerja dan adakah mereka bagus atau tidak. Ianya bukannya terletak pada favouoritism. Jika majikan suka pada pekerja A yang kerjanya  tidak bagus tapi pandai ambil hati majikan, sedangkan pekerja B lagi layak dan prestasi kerjanya bagus ini amat lah tidak adil.

    Hal sebegini lah yang membuatkan pekerja bertindak untuk berhenti kerja kerana sudah nampak hala tuju syarikat itu sendiri dan walau lama mana pun bekerja di situ tidak akan peluang untuk ditawarkan jawatan tinggi.

    9. Dilayan sebagai pilihan bukannya keutamaan

    Tahu tak perasaan yang paling sedih sekali adalah apabila orang layan sebagai pilihan sahaja berbanding keutamaan? Ini lah perasaan yang paling menyakitkan hati sekali. Majikan yang melayann pekerja sebagai bukan keutamaaan sememangnya akan menyakitkan hati para pekerja. Pekerja lah aset utama dalam sesebuah syarikat dan tanpa mereka kerja tak akan jalan.

    10. Kebajikan pekerja perihal keluarga tidak dilayan langsung

    Ada masanya pekerja perlu ambil cuti kecemasan disebabkan hal keluarga yang tidak boleh dielakkan. Hal berkaitan sakit dan sebagainya mana kita boleh elak bukan? Apa yang membuatkan pekerja terasa adalah apabila mereka ambil cuti kecemasan beberapa hari untuk menjadi ibubapa yang sakit dan majikan telefon bukannya mahu bertanya khabar tetapi yang diingatnya adalah hal kerja yang tertangguh dan tidak disiapkan.

    Seakan pekerja ini tiada makna dan mereka hanya mahukan mereka untuk bekerja sahaja, tiada nilai prihatin. Pekerja bukan robot tanpa perasaan okay.

    11. Tidak diberikan fleksibiliti dalam kerja

    Iye memang kita tahu waktu bekerja adalah seperti yanng ditetapkan datang kerja pukul 9 pagi dan balik pukul 6 malam. Tetapi jangan lah terlalu rigid sangat sampaikan mahu keluar awal 10 minit atas sebab tertentu pun tidak boleh. Majikan perlru tahu pekerja juga ada tanggungjawab lain sebagai anak, sebagai abang atau kaka, sebagai suami atau isteri dalam menguruskan keluarga.

    Bagi pekerja yang ada anak, mungkin pada pukul 1 mereka perlu ambil anak di sekolah dan hantar ke rumah pengasuh sebentar. Jadi mereka mungkin ambil masa sedikit sewaktu rehat tengah hari. Majikan perlu faham, ini jika hari Jumaat terlambat masuk office sebabkan sembahyang Jumaat pun dipotong gaji susah juga. 

    12. Terpaksa berpura-pura dalam melakukan sesuatu kerja

    Pekerja yang dipaksa supaya berpura-pura dan jangan jadi diri mereka dalam melakukan kerja ini adalah satu yang membebankan mereka dan makin lama mereka juga tidak dapat bertahan. Sebagai contoh, kerjaya sebagai penulis ini kadang-kadang mereka tidak boleh menjadi diri sendiri dan memberi pandangan secara personal. Segalanya  terikat dengan policy syarikat dan sebaliknya mereka perlu berpura-pura seakan memakai topeng sewaktu bekerja. 

    13. Penat dengan perubahan sistem yang terlampau banyak dan kerap

    Baru sahaja sebulan sistem baru diperkenalkan pada semua pekerja dan tak sampai sebulan sudah bertukar ke sistem lain pula. Baru sahaja membiasakan diri dengan sistem itu sudah perlu belajar balik semua dan masterkan diri dalam masa yang terhad. Perkara sebegini sebenarnya leceh bagi para pekerja. Bukannya mereka tidak mahukan perubahan tetapi majikan sepatutnya perlu buat pelan yang konsisten dan timbang-tara segala agar melakukan keputusan yang terbaik.

    Jangan jadikan pekerja sebagai mangsa keadaan dan apabila prestasi kerja menurun salahkan kredibiliti mereka pula. Bagaimana mahu ikutkan target kalau sistem kerap kali berubah.?

    14. Dipertanggungjawabkan atas masalah yang dilakukan oleh orang lain

    Perkara sebegini sering kali terjadai dan ini lah salah satu alasan mengapa pekerja bertindak dengan berehenti kerja kerana sudah tidak tahan asyik perlu "cover" kesalah pekerja lain. Sedangkan asalnya masalah itu terjadi disebabkan oleh orang lain dan tiba-tiba pekerja lain yang tidak tahu apa-apa pula dipersalahkan.

    Sebagai contoh, proposal projek dilakukan oleh pekerja A dan kemudian harinya bila client beritahu yang ianya ada salah, pekerja B pula dipertanggungjawabkan untuk membetulkan. Bagaimana dia mahu betulkan jika tidak tahu menahu apa yang terjadi dan hanya pekerja A yang ada akses untuk setiap fail? Susah bukan?

    15. Kerja sudah tak jadi menarik lagi

    Bosan melakukan kerja yang sama bererulang kali dan tiada apa lagi yang menarik untuk dilakukan. Sering kali berasa diri sudah tidak tercabar untuk melakukan kerja. Kalau dulu pada mulanya berasa seronok kerana itulah proses pembelajaran, pada mulanya best dan makin lama-kelamaan bila sudah mahir rasa bosan pula timbul. Masalah ini biasa terjadi dikalangan pekerja muda yang berjiwa bebas. Mereka mahu berterusan dlama keadaan mencabar.