Orang Bujang Bakal Terima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 RM100 Hujung Bulan Mac Ni!
# Trending Semasa

Orang Bujang Bakal Terima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 RM100 Hujung Bulan Mac Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 18, 2019
pada 7:02 PM

Pada 28 Januari yang lalu, penerima yang layak menerima Bantuan Sara Hidup telahpun menerima bayaran sebanyak RM300 edisi fasa pertama. Ingat lagi? Tapi ramai yang sedikit merungut kerana tiada bantuan yang diperuntukkan untuk orang bujang. Jangan sedih-sedih lagi, di sini ada berita baik untuk orang-orang bujang di luar sana! Wah, berita apa tu?

Atas dasar ingin menepati hasrat Kerajaan yang berjiwa rakyat dan prihatin, Kementerian Kewangan berbesar hati untuk memberi bayaran sebanyak RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018. 

Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Bayaran ini akan memanfaatkan lebih kepada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta.

 


 CARI KERJA KOSONG? Mestilah layari Maukerja.my ! Senarai Kerja Kosong Terkini Di Kawasan Anda! 


 

 

Baca juga artikel berkaitan: Skim Perumahan Belia: Bantu Bujang & Dah Berkahwin Beli Rumah Pertama, Kerajaan Beri Bantuan Bulanan RM200!

 

 CARI KERJA KOSONG? Mestilah layari Maukerja.my ! Senarai Kerja Kosong Terkini Di Kawasan Anda!