Orang Jepun Suka Kerja Overtime? Tak Betul, Dengar Apa Mereka Cakap!
# Trending Semasa

Orang Jepun Suka Kerja Overtime? Tak Betul, Dengar Apa Mereka Cakap!

post by Izuan

by Izuan

Apr 18, 2018
pada 11:10 AM

Kalau ditanya mengenai negara yang mempunyai rakyat yang bekerja keras dan sanggup kerja lebih masa, pasti  nama negara pertama yang muncul di fikiran kita adalah Jepun, memang tak dinafikan lagi bahawa bekerja lebih masa itu sudah menjadi 'budaya' mereka.

Bekerja 10 jam hingga 11 jam sehari tanpa dibayar dianggap satu perkara normal bagi mereka, Asian Boss laman yang merungkai kehidupan budaya di Asia menjalankan penyelidikan terhadap kehidupan warga Jepun yang bekerja lebih masa.

Temuduga dijalankan bersama beberapa individu untuk memperoleh info dan pandangan mengenainya, pada awal sesi tersebut mereka menjawab dengan penuh semangat dan memberi gambaran positif.

Namun pendirian mereka mula berubah kearah  negatif setelah Asian Boss cuba mengupas tentang isu seorang pekerja bunuh diri kerana 'overworked' yang kecoh sekitar hujung tahun lepas, dan sekaligus isi hati mereka sebagai seorang pekerja bawahan terselah.

"What Japanese Think Of Death For Overwork"

Dengan pendedahan yang diberikan ini, kita dapat gambaran bahawa mereka sebenarnya tidaklah begitu gembira dengan 'budaya kerja' yang diterapkan. Atas kejadian malang yang menimpa Matsuri Takahashi ini cukup menyedarkan mereka semua.

Sinopsis Mengenai Kisah Matsuri Takahashi Yang Bunuh Diri Kerana Kerja Overtime 105 Jam Sebulan

Matsuri Takahashi merupakan seorang pekerja bertaraf junior yang "dipaksa" bekerja lebih masa sehingga 105 jam dalam masa sebulan. Ekoran dengan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tadashi Ishii dari syarikat tersebut meletak jawatan. 

Tadashi Ishii, CEO