Padah Kahwin Pakai Baju Tema Doraemon, Lihat Reaksi Netizen!
# Trending Semasa

Padah Kahwin Pakai Baju Tema Doraemon, Lihat Reaksi Netizen!

post by sofea

by sofea

Nov 17, 2018
pada 12:16 PM

Sebelum baca artikel ni, jom nyanyi dulu lagu tema Doraemon:

"Konna koto ii na, dekitara ii na, anna yume konna yume ippai aru kedo..."

Teringat pula nostalgia masa kecik-kecik dulu duduk depan tv tengok Doraemon kan. Eh! Ke sampai sekarang korang masih tengok lagi? Mungkin tak hilang lagi obsesi terhadap cerita kartun walau pun dah semakin dewasa, tapi adakah tahap obsesi korang terhadap kartun boleh jadi sampai tahap pengantin ni? 

Baru-baru ini, Abann Dass telah upload ke dalam media sosial pakaian pengantinnya, baju melayu yang dipenuhi dengan karakter kartun Jepun ni, iaitu Doraemon, Shizuka, Nobita, Suneo dan Giant. Baru je dipost terus viral!

 

Abann Dass atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohd Ali menjelaskan bahawa dia merupakan peminat tegar animasi Jepun. 

Betapa besarnya minat dia terhadap animasi ni sampaikan dia merancang untuk menggunakan baju bertema Doraemon untuk sesi fotografi pra-perkahwinan. Namun, dia berubah fikiran 5 hari sebelum majlis perkahwinan dan memilih untuk memakai pakaian viral ni atas pelamin sewaktu menjadi raja sehari!

Si pengantin perempuan pula pada asalnya tidak mahu dia memakai pakaian ni sebab malu dengan apa yang orang akan cakap, tapi setelah dipujuk dengan kata-kata:

"...kalau you sayangkan I, pakai kejap pun tak apa."

Dia juga turut memberitahu yang pengantin perempuan, Ana, turut memiliki pakaian dengan corak sama, tapi tidak mahu gambarnya dimuatnaik. 

"Saya faham apa yang dia lalui. Buat masa ni, hanya saya yang pakai pakaian bertema Doraemon."

"Bila dia dah bersedia, saya akan uploadkan."

 

Seperti yang korang boleh agak, bermacam-macam reaksi netizen!

Sumber: Abann Dass