Pakcik Ini Ulang-Alik Kelantan Ke KL Buat Grab, Rupanya Nak 'Support' Anak Belajar Di Mesir
# Gaya Hidup

Pakcik Ini Ulang-Alik Kelantan Ke KL Buat Grab, Rupanya Nak 'Support' Anak Belajar Di Mesir

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jul 13, 2018
pada 6:02 PM

Besarnya pengorbanan ibu bapa pada anak-anak dia. Kita mungkin tidak sedar bagaimana mereka berhempas-pulas mencari rezeki buat menyara anak-anak sampaikan tidak tidur malam dan berikat perut. Anak-anak kadang-kadang tidak sedar yang ibu bapa mereka sedang bergelut sebab mereka jarang untuk tontonkan di depan anak-anak. 

Mungkin bagi mereka, sengsara ini biar mereka sendiri yang tanggung. Dan ini adalah kisah seorang bapa berasal dari Kelantan yang gagah mencari rezeki di kota raya walaupun sudah berumur 60 tahun. Perkongsian ini diceritak oleh Rafiqa Rizqin di Instagram miliknya.

 

"Pakcik ni cakap dia datang KL semata-mata buat Grab, 2 minggu sekali balik Kelantan sebab nak support anak belajar di Mesir"

 

Selepas beberapa hari Rafiqa ditakdirkan untuk berjumpa lagi dengan pakcik ini. Dan ini lah yang dikatakan orang the power of social media. Sekelip mata sahaja terus viral dan rezekinya membuat khidmat Grab Car makin maju.

 

"Saja share cerita pakcik ni buat pedoman kita anak-anak sentiasa beringat jasa mak ayah kita cari rezeki"

 

"Ada baca few comments yang kata anak-anak pakcik ni semua hebat-hebat"

 

"Ada sebab kenapa Allah aturkan kita untuk jumpa orang-orang tertentu kan?" 

Bagi mereka yang masih ada ibubapa, ambil masa sebentar untuk telefon mereka dan tanyakan khabar. Tunjukkan betapa korang menghargai pengorbanan mereka selama ini dan cuba sedaya upaya untuk balas budi mereka. Mereka layak untuk menerima kasih sayang yang secukupnya bukan?

 


 

Temuduga Terbuka! Temuduga Terbuka!

Rebut Jawatan Kosong Sebagai Assistant Restaurant Manager Trainee & Rider!

 

(1) TEMUDUGA TERBUKA:

Tarikh: 13, 19, 23 & 24 Julai

Hari: Jumaat, Khamis, Isnin, Selasa

Masa: 9am - 5pm

Lokasi: PHD Taman Daya, No.35 Jalan Sagu 17, Taman Daya, Johor Bahru, Johor

>>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

 

(2) TEMUDUGA TERBUKA :

Tarikh: 13, 19 & 25 Julai

Hari: Jumaat, Khamis, Rabu

Masa: 9am - 5pm

Lokasi: PHDS Anggerik Mas, Lot No.115, Jalan Anggerik Mas 1, Taman Anggerik Mas, Johor Bahru, Johor

>>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

 

**Terus klik link permohonan untuk dapatkan maklumat lanjut.