Panduan Ini Paling Mudah Faham Kalau Nak Isi eFiling Bagi Pengiraan Cukai Pendapatan
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Panduan Ini Paling Mudah Faham Kalau Nak Isi eFiling Bagi Pengiraan Cukai Pendapatan

post by Aisya

by Aisya

Mar 13, 2018
pada 2:26 AM

Bagi korang yang baru bekerja atau baru mula nak bayar cukai pendapatan, mesti masih belum tahu cara isi eFiling bagi pengiraan cukai pendapatan kan? Jangan risau, kali ni team MauKerja akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana cara isi eFiling dengan betul.

Melalui sistem eFiling ini, setiap individu akan mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

Kalau dulu, borang taksiran dihantar dan pengiraan cukai pendapatan dilakukan secara manual, tetapi sekarang semuanya mudah dilakukan menggunakan sistem eFiling. Boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa, asalkan korang ada internet dan dilakukan bermula 1 Mac sehingga tarikh tutup.

Dan kalau pergi ke pejabat LHDN pun, dorang akan menyediakan komputer dan korang masih tetap perlu menghantar borang taksiran melalui eFiling.

Tak tahu caranya? Korang boleh ikut je step ni:

1. Log masuk ke ezhasil.

Dia macam online banking, siap ada frasa keselamatan sebelum masukkan password. Pastikan check tu kita punya ke bukan.

2. Pilih option e-filing, kemudian e-borang

3. Pilih tahun taksiran

Contoh tahun 2016 ke 2017 ke kan. Haaa pilih

4. Kemaskini dan semak maklumat peribadi.

Termasuk maklumat bank dan nombor akaun. Kot dapat refund balik duit kannnn. Haha

5. Isi maklumat pendapatan korang

6. Isi pelepasan cukai

Kat sini yang paling PENTING sebab korang boleh pengurangan cukai dan secara tak langsung menambahkan lebihan cukai untuk digunakan semula. Haha.

7. Semak rumusan

Ni paling best! Boleh tengok kita ada dapat lebihan cukai ke tak. Ada yang dapat refund beribu tau!

8. Sahkan borang taksiran 

Jika berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan cukai pendapatan yang ditunjukkan, boleh sahkan borang taksiran dengn klik pada butang Tandatangan & Hantar.

Korang akan dibawa ke paparan seterusnya untuk sahkan penghantaran borang dan muat turun borang yang dihantar. Jika masih ada apa-apa perubahan, jangan klik butang Tandatangan & Hantar, sebaliknya klik pada butang Kembali untuk lakukan sebarang pembetulan maklumat.

Tahniah, sekarang korang dah selesai jalankan tanggungjawab berkenaan cukai pendapatan individu!

Mudah, bukan?