Pastikan 'Lampu Hijau' Menyala Ketika Pembayaran, Dan 3 Lagi Cara Bayar Guna Kad Yang Korang Kena Tahu!
# Trending Semasa

Pastikan 'Lampu Hijau' Menyala Ketika Pembayaran, Dan 3 Lagi Cara Bayar Guna Kad Yang Korang Kena Tahu!

post by Nazatul

by Nazatul

Aug 12, 2021
pada 8:33 AM

Pastikan 'Lampu Hijau' Menyala Ketika Pembayaran, Dan 3 Lagi Cara Bayar Guna Kad Yang Korang Kena Tahu!

Biarpun cara penyaran PayWave sudah pun dilaksanakan, masih ramai yang ragu-ragu dengannya dan terus menggunakan servis pembayaran kad cara lama iaitu dengan memasukkan kad kredit atau debit tersebut ke slot mesin kad kredit yang juga dikenali sebagai terminal kad kredit.

Apa tu Visa PayWave?

Selepas Magnetic Secure Transmission (MST) dan teknologi EMV, Visa telah membangunkan PayWave sebagai satu lagi alternatif kepada saluran pembayaran. Kad yang menyokong PayWave mempunyai satu cip khas yang terbenam di dalam kad plastik pengguna.

Semasa berada di terminal pembayaran, satu gelombang radio akan terpancar daripada terminal apabila ia mengesan kad dirapatkan padanya. Gelombang radio yang mengandungi tenaga elektrik akan mengaktifkan cip bagi menjalinkan satu rangkaian sementara.

Maklumat kad akan dipindahkan kepada terminal seterusnya transaksi pembayaran akan diuruskan oleh satu sistem khas yang dipanggil VisaNet.

Biarpun begitu, berapa ramai yang sedar sebenarnya cara itu juga berisko untuk ‘memakan’ duit korang secara tanpa sedar gara-gara ditipu oleh peniaga?

Ini 4 Cara Untuk Memastikan Kad Kredit Korang Sentiasa Berada Dalam Keadaan Selamat Sekaligus Memelihara Wang Korang Dalam Tu:

#1 Butang Pada Mesin Tidak Bercahaya Atau Kelam Warnanya

Peniaga yang menggunakan mesin kad kredit palsu biasanya boleh dikesan menerusi keadaan butang atau punat penekan angka yang berwarna kelam atau tidak bercahaya.

#2 Tidak Ada Cahaya Hijau

Rata-rata kes penipuan mesin kad kredit mendapati, lampu hijau yang sepatutnya menyala (pada bahagian atas mesin) ketika operasi pembayaran dilakukan adalah tidak menyala.

#3 Terlalu Banyak Kesalahan Berlaku Semasa Pembayaran

Kebiasaannya peniaga yang cuba menipu akan sengaja menimbulkan kesalahan sewaktu transaksi menggunakan kad dilakukan.

Apabila kad sudah diimbas beberapa kali melebihi 3 hingga 4 kali tetapi masih tidak berjaya melakukan transaksi, itu mungkin tandanya korang sedang ditipu dan wang di dalam akuan korang berada dalam keadaan bahaya!

#4 Mesin Terminal Kad Kredit Biasanya Bersaiz Serdehana

Jika ianya kecil atau lebih besar daripada saiz mesin biasa, anda mungkin berisiko untuk ditipu dan kehilangan jumlah wang di dalam kad tersebut.

Perhatikan juga kalau-kalau kad anda termasuk penuh seperti di dalam gambar, itu bermakna kad korang berada dalam bahaya dan diri korang mungkin ditipu.

Oleh itu, berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri tersebut sebelum meneruskan transaksi menggunakan kad okay?