Pekerja Ini Bengang Surat Resign Kena 'Reject' Malah Boss Edit Balik Ayat Syok Sendiri Lagi
# Trending Semasa

Pekerja Ini Bengang Surat Resign Kena 'Reject' Malah Boss Edit Balik Ayat Syok Sendiri Lagi

post by Izuan

by Izuan

Oct 11, 2017
pada 4:08 AM

Chester Ang yang merupakan seorang operator pusat panggilan bank berhasrat untuk berhenti kerja selepas bekerja selama dua tahun di syarikat tersebut. Jadi, dia menghantar notis seminggu perletakan jawatan yang ringkas kepada managernya.

Rasa terkejut apabila surat perletakan jawatan yang dihantar pekerja telesales ini  tidak diterima, malah manager pulangkan dan tulis semula dengan intipati tulisan yang memuji dirinya sendiri.

Pendek cerita, kandungan dalam surat tersebut puji 'melambung-lambung' kononnya dia seorang 'mentor' yang telah memberikan sumbangan penting pembangunan professional pekerja itu kerana tunjuk ajar dan bimbingannya sepanjang berkhidmat di syarikat tersebut.

Agak menjengkelkan Chester Ang rasa apabila manager itu minta untuk diberikan kepadanya semula selepas menandatangani surat tersebut.

"Ia masih di sudut meja saya sehari suntuk dan saya koyakkan sebelum tinggalkan pejabat"

 

"Saya boleh sahaja tulis semula dengan pujian jika dia adalah pengurus yang baik. Tetapi segala-galanya adalah sebaliknya jadi saya tidak fikir saya boleh menandatanganinya."

"Ia hanyalah satu keputusan peribadi saya dan saya dah naik jelak dengan kehidupan korporat. Terlalu banyak orang yang  bertalam dua muka cuba untuk menarik perhatian antara satu sama lain"

 

"Saya ada juga dengar daripada kakitangan sebelum ini yang dah berhenti , surat perletakan jawatan mereka juga telah disunting"

 

'' Saya telah dimaklumkan oleh beberapa orang melalui online dan mereka berpendapat bahawa saya sepatutnya menghantar surat yang lebih profesional "

" Saya hanya nak berhenti kerja, saya tak tulis pun perkara buruk terhadap manager saya dan dia tanpa rasa malu menokok tambah perkara yang tak betul tentang diri dia "

" Dan saya juga ada dengar daripada kakitangan sebelum ini yang dah berhenti , surat perletakan jawatan mereka juga telah disunting"

" Saya akan memastikan bahawa pekerja saya tidak akan perlu menjilat punggung dalam perniagaan saya sendiri" 

"Saya merancang mahu buka kedai haiwan peliharaan. Dimana saya boleh berseronok dengan hobi saya"

'' Dan saya akan memastikan bahawa pekerja saya tidak akan perlu menjilat punggung dalam perniagaan saya sendiri. Ia akan menjadi satu perniagaan sangat mudah tanpa BS korporat"