Pekerja Remaja 15 Tahun Ini Mati Akibat Boss Denda Paksa Buat "Squats' 100 Kali
# Trending Semasa

Pekerja Remaja 15 Tahun Ini Mati Akibat Boss Denda Paksa Buat "Squats' 100 Kali

post by Izuan

by Izuan

Aug 18, 2017
pada 5:03 AM

Hadir ke tempat kerja lewat memang satu kesalahan, majikan ada hak untuk 'denda' tapi perlu lah berpada-pada, jangan sampai melampaui batasan pekerja tersebut sebagai seorang manusia. Insiden di China ini memang keterlalun, gara-gara lewat sampai ke tempat kerja, remaja 15 tahun ini didenda sampai maut.

Lebih menyedihkan lagi, Xiao Fei yang masih diperingkat sekolah terpaksa behenti dan bekerja demi menyara nasib keluarganya. Mungkin niat boss untuk melatih pekerja lebih berdisiplin namun lain pula jadinya.

Xiao Fei, Remaja 15 Tahun Maut Selepas 10 Hari Dipaksa Melakukan 'Squat' (Ketuk Ketampi)100 Kali Sebab Terlambat Ke Kerja

Terpaksa Berhenti Sekolah Dan Pinjam ID Rakan Untuk Dapatkan Permit Kerja Sebab Nak Bantu Bayar Bil Perubatan Ayahnya Yang Tertunggak Sejak 18 Bulan Lalu

"Selepas Insiden Itu Anak Saya Tak Sihat, Kakinya Tak Boleh Bergerak " - Ayahnya

Beberapa hari kemudian, Xiao Fei tidak dapat lagi mengangkat tangannya, muntah-muntah dan lumpuh. Dia dikejarkan ke unit rawatan rapi Central South University, Hospital Xiangya No. 2 di Hunan, China Selatan.

Kemudian, Meninggal Akibat Ganggan Pernafasan, Dalam Pertahanan, Majikannya Qfang, Sebuah Syarikat Hartanah Di Zhongshan, Berpendapat Bahawa Squats Hanya Latihan & "Bukan Denda."

Bagaimanapun, majikan tersebut mengakui bahawa dia telah memberikan "brutal exercise" kepada gadis ini.

Menurut Doktor, Xiao Fei Menghidap Sindrom Guillain-Barré, Penyakit Yang Jarang Berlaku Di Mana Sistem Imun Menyerang Saraf.

Berdasarkan penyelidikan Mayo Clinic, gejala pertama yang akan dilalui adalah kelemahan dan rasa kebas pada kaki, dan ia cepat berkembang untuk melumpuhkan seluruh tubuh.