Pelajar Kudung Digilis Lori Kini Menjadi Atlet Paralimpik. Salute!
# Trending Semasa

Pelajar Kudung Digilis Lori Kini Menjadi Atlet Paralimpik. Salute!

post by Aisya

by Aisya

Apr 18, 2018
pada 10:27 AM

Korang ingat lagi tak dengan kemalangan pelajar sekolah, Siti Nuraisyah Shahrin yang kakinya kudung akibat digilis dengan lori di Sabak Bernam, dua tahun lepas? Cebisan daging dan tulangnya bertaburan atas jalan raya. 

Walaupun fizikalnya tidak sempurna akibat kemalangan tersebut, namun semangatnya tidak pernah pudar dimana dia telah berazam untuk beraksi pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atas dorongan kedua ibu bapa serta latihan intensif daripada jurulatih, dia kini bergelar atlet Paralimpik dalam sukan angkat berat.

"Pada mulanya saya agak malu dan takut untuk pergi ke pusat latihan, namun selepas dipujuk ibu bapa, saya beranikan diri. Saya risau tidak ada kawan yang akan berlatih bersama tetapi sebaik sampai di sana, saya lihat ramai rakan senasib membuatkan saya terus bersemangat untuk berlatih."

"Pada masa ini, saya akan berusaha melayakkan diri ke sirkit kedua, Sukan Malaysia 2018, seterusnya ke Sukan ASEAN." Siti Nuraisyah Shahrin.

“Alhamdulillah, saya berjaya mendakap pingat perak pada penyertaan kali ini. Ini kali ketiga saya menyertai kejohanan powelifting
sirkit kebangsaan.” - 
 Siti Nuraisyah Shahrin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu menjalani latihan kira-kira dua jam sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bersama jurulatihnya di rumah keluarganya di Sungai Besar.

Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap berkata, dia berasa gembira dengan pencapaiannya setakat ini malah bertekad untuk meraih kejayaan yang lebih baik termasuk pada Sukan Para Asean September depan.