Pelan Khas Unifi Mobile Untuk Guru Ini Cuma RM59 Sebulan, 'Unlimited Data' Lagi!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pelan Khas Unifi Mobile Untuk Guru Ini Cuma RM59 Sebulan, 'Unlimited Data' Lagi!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 15, 2018
pada 9:04 AM

Berita baik untuk para guru di luar sana! Telekom Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan mengumumkan tentang tawaran pelan khusus Unifi Mobile untuk guru. Pelan ini dinamakan sebagai 'JASA Pack.'

Dengan hanya bayaran RM59 sebulan, anda boleh menikmati pakej data, panggilan dan SMS tanpa had. Memang betul-betul murah. Pelan ini sangat berbaloi dilanggan oleh para guru supaya aktiviti komunikasi dapat dijalankan dengan baik. Sekarang ni kebanyakan aktiviti dan proses komunikasi banyak menggunakan platform seperti Whatsapp, email dan sebagainya. Jadi guru tak perlu berbelanja mahal. 

Bagi guru yang ingin melanggan pakej 'JASA Pack' ini, mudah saja caranya. Guru itu perlu melanggan pakej Unfi atau Pre-Unifi (Streamyx) dan bawa surat pengesahan rasmi dari Guru Besar atau Jabatan Pendidikan Negeri. Bagi 2,000 pelanggan terawal, setiap pembelian pelan bernilai RM59 sebulan ini akan disertakan sekali dengan smartphone PERCUMA tau. Siapa yang bekerja sebagai guru tu, bolehlah rebut peluang ni!

Sumber Oleh: Amanz