Peluang Kerja SEGERA Di Seluruh Lembah Klang Hingga RM1,800++, Makan FREE & Ada Hostel! Min Diploma Pun Boleh Mohon!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Peluang Kerja SEGERA Di Seluruh Lembah Klang Hingga RM1,800++, Makan FREE & Ada Hostel! Min Diploma Pun Boleh Mohon!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 20, 2017
pada 9:17 AM

''Dah merata-rata hantar resume tapi sampai sekarang tak kena panggil interview pun lagi...''

''Kata nak pakai orang cepat, tapi bila apply, takde respons apa-apa pun padahal kalau ikut kelayakan memang lepas pun...''

Kalau korang berada dalam situasi begini, jangan susah hati sebab kami ada peluang kerja kosong untuk korang yang memerlukan kerja dalam kadar segera! Kalini, Pizza Hut Malaysia sedang mencari individu berkelayakan untuk mohon kerja sebagai Pelatih Pengurusan di seluruh Lembah Klang. Gaji yang ditawarkan adalah RM1,800++, tetapi itu tak termasuk dengan elaun-elaun menarik lain seperti elaun OT dan banyak lagi! Memang banyak tau!

Bab makan korang dah tak payah risau dah sebab semuanya diberikan secara PERCUMA oleh pihak Pizza Hut! Pergh, jimatlah kos duit belanja makan harian! Hostel pun turut disediakan bagi mereka yang memerlukan. Tak payah pening-pening fikir nak bayar rumah sewa dah. Semuanya mereka dah sediakan!

Kekosongan jawatan terbuka kepada penduduk di sekitar KL, Selangor dan Putrajaya. Korang yang ada kelulusan minimum Diploma pun boleh mohon jugak tau! Kalau korang taknak menganggur lama-lama dan nak mula kerja cepat, mohonlah kerja ni sekarang!

 


 

Pelatih Pengurusan

(Pendapatan RM1,800++ & Pelbagai Elaun)

 

KELAYAKAN

  • Terbuka kepada penduduk Klang Valley: KL, Selangor, Putrajaya
  • Ijazah atau Diploma dalam mana-mana disiplin (lebih baik dalam bidang berkaitan seperti F & B, Pengurusan Hotel dan lain-lain).
  • Boleh bertutur Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris yang baik
  • Keperibadian yang baik dengan keupayaan untuk bekerja secara berdikari
  • Kepimpinan yang kuat, bertenaga, teratur dan bermotivasi diri
  • Boleh bekerja mengikut 'shift' dan hujung minggu.
  • Berumur: 21-35 tahun
  • Calon dengan SPM / STPM minimum 2 tahun dalam industri perkhidmatan makanan juga akan dipertimbangkan.

 

TANGGUNGJAWAB

  • Untuk memimpin dan memaksimumkan jualan restoran, keuntungan, pelanggan dan kecekapan operasi melalui pengurusan orang yang berkesan.
  • Membantu membina kemampuan orang dalam pengambilan, pemilihan dan latihan.
  • Menyelaras dan mengendalikan fungsi kakitangan operasi restoran di setiap jabatan.
  • Main peranan penting dalam menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang baik
  • Pemikiran analitik
  • Mampu memimpin, melatih dan mengawasi pasukan

 

MANFAAT TAMBAHAN

  • Elaun OT (jika diperlukan)
  • Hostel & Seragam
  • Makanan kakitangan

 

LOKASI KERJA

  • Seluruh Lembah Klang (KL, Selangor, Putrajaya)

 

 


 

Kalau korang mohon kerja di sini, korang boleh mula kerja segera

kerana Pizza Hut Malaysia beri RESPONS SEGERA!

Jadi, mohonlah cepat sementara ada peluang ni!